Archive for September, 2008

Selamat Datang ke Dunia Maya!

Assalaamu’alaikum dan salam sejahtera kepada semua pelawat Dunia Maya.

Kini, banyak urusan yang dapat diselesaikan di internet. Bahkan, perniagaan juga dapat dijalankan di internet. Bukan sahaja sampingan tetapi juga sepenuh masa. Penulisan di internet juga semakin popular melalui blogging. Membina komuniti juga menjadi semakin mudah melalui friendster, facebook dan macam-macam lagi. Kemunculan sebegitu banyak perkara dalam alam siber ini membuatkan penulis terpanggil untuk mewujudkan satu laman khas untuk membincangkan tentang Dunia Maya.

Laman ini buat bloggers dan internet marketers. Laman ini buat usahawan dan perniagaan internet. Laman ini memberi tips dan panduan untuk mereka yang ingin mendalami selok belok dunia maya. Tips-tips blogging dan perniagaan internet. Semoga dengan perkongsian-perkongsian di Dunia Maya dapat memberikan input-input berguna kepada semua pembaca dan membantu semua menjelajahi alam cyber ini.

Segala yang dilontarkan dalam Dunia Maya ini bersifat perkongsian daripada pengetahuan dan pengalaman saya. Saya tidak bertanggungjawab atas segala kerugian yang anda tanggung dengan mencuba apa yang saya sarankan. Bahkan saya akan sentiasa cuba memberikan tips dan panduan berguna untuk semua dan segala komen dan cadangan juga amat dialu-alukan dengan hati yang terbuka.

Selamat berkongsi dan selamat membaca!