Archive for October, 2008

Publisher dan Affiliate Clickbank

 

Alhamdulillah, setelah mendapatkan “Panduan Clickbank Mawardee“, saya melangkah menerokai clickbank. Walaupun sebelum itu saya sememangnya sudah berada di clickbank :-) Namun panduan yang dihasilkan Mawardee membuatkan saya rasa lebih yakin. Dan personally bagi saya panduan tersebut sangat membantu. Terima kasih Mawardee!

Sekarang saya merupakan agen affiliate sekaligus publisher di clickbank. Ini produk yang saya cuba jual, “Impact Popup“. Walaupun belum berjaya menghasilkan sebarang pulangan bahkan dikeluarkan daripada marketplace clickbank kerana gagal menghasilkan pulangan dalam masa sebulan, namun bagi saya, saya telah berjaya. Ya! Saya berjaya melangkah dan menimba pengalaman. Jadi selepas ini saya akan lebih tahu bagaimana untuk berurusan dengan clickbank. Dan setiap soalan yang saya tanya di customer servis pasti ada jawapan daripada mereka. Memang tip top lah daripada segi servisnya.
Read the rest of this entry »

Sistem DPP dilancarkan!

Kepada penjual ebook, audio, video dan segala jenis produk digital di Internet.

Laman download (download page) adalah satu perkara yang biasa bagi anda di mana di situlah terletaknya material atau item yang dijual untuk didownload oleh pembeli.

Namun, kebanyakan usahawan internet produk digital (mungkin termasuk anda) biasanya tidak melindungi laman download tersebut dengan anggapan tak ada apa-apa yang perlu dirisaukan atau sikap memperlekehkan perlindungan terhadap page download.

Jangan perlekehkan perkara kecil kerana yang kecil itulah boleh memberikan kerugian yang amat besar. Ruang download yang tidak dilindungi umpama sebuah rumah yang mempunyai pintu, tetapi pintu itu tidak dikunci atau tidak berkunci.

Maka sudah pastilah si pencuri atau perompak mudah sahaja untuk masuk mencuri barangan di dalam rumah itu.

Begitu juga dengan download page, ia adalah tempat rahsia yang anda dan pembeli sah sahaja yang mengetahuinya. Sebaliknya tidak untuk mereka yang tidak membayar. NAMUN, mereka yang tidak berhak itu tetap mendownload produk digital anda kerana…Anda TIDAK berusaha untuk melindungi walaupun sekadar 1%!

Read the rest of this entry »

Apakah sebenarnya Pay-Per-Lead?

Apa itu pay-per-lead? Pay-per-lead ialah program mengumpul mailing list. Apa pula mailing list? Mailing list ialah senarai email. Ya, senarai email yang digunakan oleh usahawan internet untuk membuat promosi atau memberikan tips-tips berguna kepada setiap email yang mendaftar ke dalam mailing list mereka. Antara cara mereka mengumpul mailing list yang paling berkesan ialah dengan menganjurkan program pay-per-lead. Dalam ertikata lain, program pay-per-lead ialah program mengumpul mailing list. Setiap orang yang ingin mendapatkan ebook percuma yang ditawarkan akan mengisi email dan nama mereka ke dalam borang yang disediakan dan secara automatik email mereka masuk ke dalam mailing list penganjur program.
Read the rest of this entry »

Blogging: Trend Masa Kini

Blogging merupakan aktiviti mengemaskini kandungan blog. Blog dalam ertikata lain ialah sebuah tempat penulisan maya. Boleh jadi seseorang mewujudkan blog untuk tujuan peribadi seperti diari, atau untuk menulis karya-karya dan puisi-puisi, atau untuk berkongsi pendapat dan idea, berpolitik, berniaga, dan tak kurang juga yang hanya suka-suka.

Walaubagaimanapun, statistik menunjukkan terdapat 40,000 blog baru dibina setiap hari (sumber: Buku Panduan Membina dan Mengurus Blog oleh Rosli Jamal). Daripada jumlah tersebut, hanya sebahagian kecil yang betul-betul mengemaskini blog mereka dan yang lain tinggalkan begitu sahaja kerana hanya ingin cuba-cuba. Jika anda masih tidak memahami apa sebenarnya blog, ketahuilah sekarang anda sedang membaca sebuah blog iaitu Dunia Maya :-) . Orang yang mengemaskini blog dipanggil blogger. Jadi, blog, blogger dan blogging tidak dapat dipisahkan.
Read the rest of this entry »