Blogging: Trend Masa Kini

Blogging merupakan aktiviti mengemaskini kandungan blog. Blog dalam ertikata lain ialah sebuah tempat penulisan maya. Boleh jadi seseorang mewujudkan blog untuk tujuan peribadi seperti diari, atau untuk menulis karya-karya dan puisi-puisi, atau untuk berkongsi pendapat dan idea, berpolitik, berniaga, dan tak kurang juga yang hanya suka-suka.

Walaubagaimanapun, statistik menunjukkan terdapat 40,000 blog baru dibina setiap hari (sumber: Buku Panduan Membina dan Mengurus Blog oleh Rosli Jamal). Daripada jumlah tersebut, hanya sebahagian kecil yang betul-betul mengemaskini blog mereka dan yang lain tinggalkan begitu sahaja kerana hanya ingin cuba-cuba. Jika anda masih tidak memahami apa sebenarnya blog, ketahuilah sekarang anda sedang membaca sebuah blog iaitu Dunia Maya :-) . Orang yang mengemaskini blog dipanggil blogger. Jadi, blog, blogger dan blogging tidak dapat dipisahkan.

Persoalannya, sejauhmana kewujudan medan penulisan ini memberi impak yang positif kepada perkembangan pemikiran kita? Jika ya, adakah ia positif atau negatif? Hal ini subjektif. Sekarang pun kita dapat mendengar isu blogging hangat diperkatakan dan ada juga yang ditangkap kerana aktiviti blogging mereka didapati membahayakan sesetengah pihak. Dalam ertikata lain, kewujudan alam blog ini juga mebuka ruang kepada sesiapa yang minat menulis untuk menulis. Secara tak langsung, blogging juga menjadi sebuah trend masa kini selain friendster, facebook, myspace, twitter dan lain-lain. Banyak manfaat yang dapat kita ambil bersama melalui aktiviti blogging ini daripada segi keterbukaan dalam penulisan. Namun, haru kita sama-sama menjaga etika dalam setiap penulisan kita.

Blogspot

Blogspot

Baiklah. Anda suda mempunyai blog? jika belum, anda boleh mendaftar di blogger.com atau wordpress.com secara percuma. Jika sudah, jangan biarkan blog anda begitu sahaja. Isilah ia dengan kandungan-kandungan yang bermanfaat dan baik untuk semua. Jangan sampai anda jadi Ulat Blog yang mengabaikan kepentingan lain demi blogging udah le ye :-) . Pastikan anda mempunyai sebuah matlamat yang jelas dalam penghasilan sebuah blog supaya anda sentiasa bersemangat untuk mengemaskini pada masa akan datang. Apa-apa pun, blogging merupakan suatu aktiviti pilihan yang menjadi trend masa kini. Tidak ada masalah apa-apa pun jika kita tidak mempunyai blog.

Ilmu blogging merupakan suatu ilmu yang sangat baik untuk dipelajari. Jika anda bijak, anda dapat menggunakan aktiviti blogging ini untuk kemanfaatan yang pelbagai. Sebaliknya, ia juga dapat memudaratkan jika tidak dikawal selia dengan baik. Banyak lagi pengetahuan-pengetahuan yang boleh kita terokai bersama. Sejak saya sendiri menceburi dunia blogging pada september 2007, sehingga kini masih ada banyak benda baru yang belum saya ketahui.

Logo Wordpress

Logo Wordpress

Maka di sini saya merasakan yang saya harus kongsikan segala ilmu ini bersama-sama dengan pembaca dunia maya. Semoga ilmu yang dikongsi pada masa akan datang akan membawa manfaat bersama.

Jumpa lagi!

No related posts.

3 Responses to “Blogging: Trend Masa Kini”

  • Salam perkenalan
    Terima kasih atas info yang berguna yang
    telah sdra.kongsi bersama.Saya amat baru dalam dunia blogging ini.Saya ingin bertanya.Bagaimana saya nak dapatkan pembaca
    kepada blog saya(nak kongsi dengan yang lain
    apa yang saya tulis)

  • Salam perkenalan.Nak tanya sikit.Bagaimana
    nak dapatkan pembaca blog saya?

  • zulyunus:

    salam nora;

    Hmmm…to take something, give something. Dalam ertikata lain, untuk membawa pelawat ke blog kita, kita kena melawat blog orang lain dan tinggalkan komen. Tinggalkan link kita di situ dan orang akan tahu blog kita.

    Lagi satu kita kena membina kredibiliti sebagai seorang blogger. Hasilkan artikel yang menarik yang membuatkan orang nak sentiasa datang melawat blog kita atau buat segmen yang menarik seperti pertandingan dan sebagainya.

    Kita tak boleh nak paksa orang untuk membaca apa yang kita tulis, tapi kita boleh merancang apa yang kita nak tulis dan kita boleh menarik minat mereka melalui itu.

    Buat jugak satu ruang untuk orang meninggalkan shout mereka atau dikenali jugak sebagai shoutbox. boleh dapatkan di shoutmix.com

    Semoga berjaya!

Leave a Reply