Apakah sebenarnya Pay-Per-Lead?
Apa itu pay-per-lead? Pay-per-lead ialah program mengumpul mailing list. Apa pula mailing list? Mailing list ialah senarai email. Ya, senarai email yang digunakan oleh usahawan internet untuk membuat promosi atau memberikan tips-tips berguna kepada setiap email yang mendaftar ke dalam mailing list mereka. Antara cara mereka mengumpul mailing list yang paling berkesan ialah dengan menganjurkan program pay-per-lead. Dalam ertikata lain, program pay-per-lead ialah program mengumpul mailing list. Setiap orang yang ingin mendapatkan ebook percuma yang ditawarkan akan mengisi email dan nama mereka ke dalam borang yang disediakan dan secara automatik email mereka masuk ke dalam mailing list penganjur program.
Dalam program pay-per-lead, seorang usahawan internet yang memberikan produk percuma akan menggalakkan orang lain untuk tolong sama mempromosi produk percuma tersebut. Setiap orang yang mendapatkan produk percuma melalui link orang yang membuat promosi, dia akan diberikan bayaran tertentu oleh penganjur program pay-per-lead. Sebab itulah ia dipanggil “pay-per-lead” = “Dibayar untuk setiap promosi/referral/lead”. Dalam ertikata lain, apabila ada orang mendapatkan produk percuma tersebut dan masuk ke dalam mailing list penganjur program, orang yang tolong mempromosi juga mendapat bayaran dengan syarat dia telah mendaftar sebagai affiliate atau agen promosi.
Setakat ini antara program referral/pay-per-lead yang bayarannya paling tinggi pernah saya dengar ialah program Video Marketing dengan bayaran 30 sen untuk setiap lead. Anda boleh kunjungi di sini.
Anak kunci kepada program pay-per-lead ialah mempromosi dan terus mempromosi. Namun, anda harus jujur dan tidak mendapatkan ebook tersebut melalui link anda sendiri berkali-kali dengan niat untuk mendapatkan duit segera. Dalam sistem yang telah di set-up oleh penganjur program, penipuan boleh dikesan jika anda melakukan demikian. IP komputer anda akan dikenalpasti dan anda akan di “BLACKLIST” oleh penganjur program dan akaun anda akan dihapuskan serta-merta.
Sistem affilliate program pay-per-lead tak jauh berbeza dengan affiliate produk berbayar. Bezanya cuma bayaran. Bayaran pay-per-lead agak murah tetapi lebih mudah
kerana orang lebih cenderung mendapatkan produk percuma tanpa berfikir panjang. Satu lagi, untuk affiliate produk berbayar, anda hanya dibayar jika pengunjung yang anda refer membeli produk berkenaan manakala untuk program pay-per-lead, cukup dengan syarat orang mendapatkan ebook percuma yang ditawarkan, mengisi email mereka dan membuat pengesahan, anda akan dibayar penganjur. Saya juga ada menganjurkan program pay-per-lead ini. Anda juga boleh menguji kreativiti anda membuat promosi. Kunjungi di sini.
Jika anda ingin mencari servis untuk memasang sistem pay-per-lead ini, ada orang menawarkan servis ini dengan bayaran yang berbeza-beza. Saya juga turut menawarkan perkhidmatan memasang sistem affiliate pay-per-lead ini. Tak mahal, cuma RM 60 sahaja saya caj. Jika berminat, lihat perincian di sini. Atau lihat laman perkhidmatan pada blog ini. Paling mahal pun jika anda nak upah orang jangan lebih daripada RM 100, bagi saya itu terlalu mahal.
Apa-apa pun, saya ingin simpulkan bahawa program pay-per-lead ini merupakan program yang menarik dan anda tidak perlukan modal pun untuk menyertainya. Anda boleh mencuba jika anda ingin melatih kepakaran mempromosi produk orang lain sebelum anda berjaya menghasilkan produk sendiri suatu hari nanti, tak begitu?
Semoga berjaya!
No related posts.

thats cool. Hope you will manage tyo earn more money.
to tivitune;
Thank You. You too i hope!
I like!!!
wow hebat nie kalau ada banyak mailing list boleh boom nie
Hehe Firdaus semuanya wow. WOW!
ok gak.cuba dl mana tau ader rezeki
Hehe marsya jika usaha insyaAllah ada rezeki
Eh saya baru tau nih PPL,maklum baru ngerti internet.
Hehe sebab itulah saya tulis artikel ini supaya lebih ramai orang mengerti tentang Pay-Per-Lead.
trima kasih di atas penerangan En. zulyunus.
senang paham dan tidak memeningkan kepale…huhu
Terima kasih. Dah faham tu harapnya dapat berusaha terus untuk maju. Gudluck!
produk MRR,setaktik penipuan berkesan dengan menggunakan bagai umpan…..haha…tahniah atas artikel ini…
http://peminatjutawan.blogspot.com/
dan dalam tangan aku ade 5ribu email tau x…
semua orang dari penang…kebanyakan chiness jerk..mereka bukan berminat sgt pun…
huhu kadang-kadang susah jugak nak dapatkan list yang berkualiti. Kena banyak hantar email follow up dan update terbaru. Jangan dok promote produk je…
Assalamu’Alaikum.
Saya seperti Orang Primitive, Jadi Baru Pegang Internet pa Lagi PPL…ya.
PPL satu program yang bagus kepada admin(pengelola PPL)dan agen. Kat sini sama-sama dapt manfaat,admin dapat senarai nama emel, manakala agen dapatlah sedikit komisen hasil promosinya dan ilmu daripada hadiah percuma(ebook dan sebagainya) yg diberi oleh admin.
Tak lah buat promosi saja-saja kan.
daripada,
Abdul Hadi Bin Ismail
http://www.resipikaya.com
Aku memang tak paham langsung pasal PPL ni..skang ni dok belajo affiliate je he he he
Pay Per Lead!!!
Pay Per Click Lak???
klu kita tak pandai tak dapat jugak nk buat, yang penting kena belajar pada yang pandai…
mula2 tu memang ssah kan… macam saya pun masih belajar tentang biznes internet ni.. harap saya dapat tunjuk ajar dari yang ingin mengajar… tentang seme cabang biznes internet ni…
[...] ini saya nak kongsi satu peluang buat duit dengan semua. Pay Per Lead (PPL) panduan clickbank oleh saudara Mawardee. Panduan ni asalnya berharga RM 67 tapi buat masa sekarang [...]