Alhamdulillah, setelah mendapatkan “Panduan Clickbank Mawardee“, saya melangkah menerokai clickbank. Walaupun sebelum itu saya sememangnya sudah berada di clickbank
Namun panduan yang dihasilkan Mawardee membuatkan saya rasa lebih yakin. Dan personally bagi saya panduan tersebut sangat membantu. Terima kasih Mawardee!
Sekarang saya merupakan agen affiliate sekaligus publisher di clickbank. Ini produk yang saya cuba jual, “Impact Popup“. Walaupun belum berjaya menghasilkan sebarang pulangan bahkan dikeluarkan daripada marketplace clickbank kerana gagal menghasilkan pulangan dalam masa sebulan, namun bagi saya, saya telah berjaya. Ya! Saya berjaya melangkah dan menimba pengalaman. Jadi selepas ini saya akan lebih tahu bagaimana untuk berurusan dengan clickbank. Dan setiap soalan yang saya tanya di customer servis pasti ada jawapan daripada mereka. Memang tip top lah daripada segi servisnya.
Untuk mengaktifkan akaun saya sebagai publisher dulu saya bayar $ 49. Sekarang saya dapat trace antara kelemahan saya dalam menjadi publisher clickbank:
- Komisen yang saya tawarkan agak rendah huhu
- Website kurang menarik dan tiada bonus
- Tiada borang autoresponder. Prospek hilang begitu sahaja
- Ayat tak cukup power huhu
Saya akan cuba perbaiki dan cuba masukkan balik ke marketplace. Sekarang pun dah ada autoresponder berbayar. Cuma sekarang agak sibuk dengan exam, cuti nanti lah
Untuk affiliate pula, saya menggunakan akaun yang sama (boleh guna satu akaun untuk publisher dan affiliates). Saya telah daftar akaun Adwords dan sekarang sedang mencuba-cuba keberkesanannya. Dan untuk ini pula, produk Naem “PayPerClick Percuma” banyak memberikan panduan kepada saya. Kupon-kupon yang diberikan masih belum saya gunakan namun saya yakin ianya sangat berguna dan sangat penting untuk menjimatkan kos bagi pengiklanan Adwords.
Kesimpulannya, saya melaburkan sedikit wang untuk menyertai Clickbank dan saya berani membuat eksperimen. Walaupun saya belum dapat wang, saya dapat Ilmu…Apa lagi yang lebih berharga? Pasti ada manfaatnya untuk jangka masa panjang. Saya telah mencuba…anda bagaimana?
No related posts.
Tags: Affiliate, Panduan Clickbank, PPC Percuma
Clickbank nie leh jana.. tapi baru duk belajar skit-skit nie…
insyaallah bro…
pakai adwords dgn cara yg betul..iklan dan keywords yang menarik …insyaallah..
masih lagi ‘blur’ dgn clickbank. Klu dah sukses jgn lupa kongsi kat blog ni..
to Pak Teh;
InsyaAllah no hal…:-) Mulanya blur lama-lama akan nampak terang, cuma atas kita mahu melangkah atau tidak
saya nie x paham ape2 lae….huhu..mcm mane nak mulakan dari awal…saya mcm dah lambat sgt jer nak buat bende nie sume..huh
Perkara paling penting dalam mana-mana perniagaan internet sekali pun ialah promosi.
Banyak cara promosi yang dapat kita praktikkan.
Cuba promosikan dengan
bersungguh-sungguh sehingga mendapat jualan. Jangan berhenti jika gagal mendapat jualan,
cuba lagi dan lagi dan lagi. Itulah prinsip kejayaan sifu saya kat http://www.panduanweb-advanced.com dan ramai internet marketer.
Tiada jalan mudah untuk berjaya, anda perlu berkorban dari segi masa, tenaga, dan wang ringgit. Ini adalah perniagaan!
Jadi sememangnya memerlukan usaha dan modal untuk menjalankannya. Namun, perniagaan internet unik dan banyak kelebihan, anda pasti tahu dan faham maksud saya kan?
Jadi jangan tunggu lagi, teruskanlah misi perniagaan internet anda dan bersedialah menjana pendapatan sampingan yang lumayan.
Don’t give up…:-)
bagus bisnez ni……
to Ibrahim;
Ibrahim. Saya doakan Ibrahim nampak jalan terang untuk melangkah dalam bidang ini melalui tips-tips yang saya berikan dalam ebook kedai internet
Saya akan cuba tulis satu artikel untuk memberikan sedikit gambaran kepada Ibrahim ok.
to Mila;
Bagus la sebab dah tahu bisnez ni bagus
to Cornelius;
Terima kasih. Perkongsian yang baik dan membantu pelawat-pelawat lain
Kepada yang lain, cubalah keluarkan modal sedikit membeli produk cornelius untuk lebih faham dan terus melangkah
wow hebat dalam penerokaan click bank yang penting traffic yang non stop serta rank google yang hits
Betul tu Firdaus. Cabarannya bukan untuk menjadi affiliate clickbank. Semua orang boleh jadik hehe.
Tapi cabaran sebenar ialah bagaimana menjadi affiliate di clickbank yang berjaya
tak kira la kalau setakat jadi affiliate nak dapat duit mudah baik jangan..tinggalkan je..tp kalau nak dapat income konsisten,dan sanggup belajar dan belajar teruskan saje….
http://peminatjutawan.blogspot.com/
Betul tu peminatjutawan. Kena serius buat apa pun…:-)
salam…saya adalh salh seorng yg ingin belajar wat bisnes melalui internet ni dan telah faham konsep bisnes internet ni mcm mn..
Tp,saya ingin memohon jasa baik kepada sesiapa yg dh menjana income melalui internet,boleh x kongsi sama2 dgn saya dan newbie yg lain langkah step-by-step bisnes yg dh membawa pulangan kepada anda itu…
Saya ingin melihat sendiri bukti melalui hasil tangan saya sendiri…tetapi cara step-by-step sesuatu bisnes tu je saya xtau…
Boleh x sesiapa kongsi bersama saya…
Ini email saya shah_an08@yahoo.com..
Saya berharap sgt mendapat pertolongan dari sesiapa saja yg ingin membantu…
Usaha Tangga Kejayaan…Dimana ada kemahuan maka disitu ada Jalannya…Tuntutlah ilmu sampai ke Negeri China…Tak tahu bertanya malu bertanya sesat jalan…Bantu membantu sesama kita takkan rugi apa-apa…
Bagus ,broer majulah terus,
Terima kasih ,salam.
saya tengah mencari sifu-sifu yg telah berjaya diclik bank utk personal touch dgn saya.dari pembacaan di ebook memang nampak mudah tapi realitinya kita semua maklum.belajar mesti berguru kalau tak sesak jalan.oleh itu saya mengharap sangat sesiapa yg telah berjaya dan iklas mehjadikan saya sebagai anak murid.
ini email saya:olm888@yahoo.com
harap ada sesiapa yang sudi menjadi sifu saya.
ClickBank antara kelebihan ialah PayCheck kepada yg takde Paypal atau Credit Card, teman saya try sedaya upaya, smpai 823 item dri marketplace dia taruk kat website,blog,twitter,myspace & facebook, sebulan dah, kat Report accaunt Clickbank dia masih $o.00!!!dia ambil yg Promotion product pun tak menjana jugak, nasib badan 4-5 jam tu,…kesian jugak… yg da ada 10% success tu.. crita lah sikit
Hehe…saya pun macam tu jugak, belum jana satu sen pun daripada clickbank. sape yang dah berjaya boleh kongsi kat sini…hehe
Dulu Cornelius tu Gemuk, pemain gitar Bass, Dulu time SPM, laaa… slalu je escape dr S.M.K Bahang.. tngok SPM result? fuu..13 unit arrr…, selalu utuk ingat telatah dia, stiap kata akhir dia ada perkataan “kesimpulannya”… long time ever see you Bro…that year 99, 10 years ago, Madsiang Boys..engko da lupe ke? Now reside in Singapore..
words kat sini kecik-kecik arr..mata rabun..jadi ni.., edit BOLD sedikit ar… kesian kan yang mata 4 ni… terlalu banyak surf kot ni..
cakap jak xguna, berkobar-kobar itu ini, last-last income yg kita dpt? hampeh, nyesal jak..
newbie
dh bc clickbank mawardee,tp msh blur..
iklan kt mana ea?adword?
lps kita plh produk clickbank(jd affiliate),adword aja ke tmpt terbaik iklan produk?
newbie yg msh blur….
Alaahaiii…. nak dapat wang dari clickbank nh memang susah tambah pula tak tahu cara promok…..mmmmmm…. dah sebulan buat promok clickbank takde hasil lagi dan google adsense dah ada hasil walaupun USD$0.28 dah nampak hasilnya. mungkin cara masih tak berkesan
… nak cari tok guru lah..
Ikhlas
Akunan