Mula! Mula! Mula!

Salam sejahtera buat semua bakal usahawan internet. Mengapa saya katakan bakal? Kerana saya tulis artikel ini khusus untuk yang masih belum bermula dengan bidang ini. Jika sudah bermula, teruskan! Teruskan! Teruskan! :-) Tapi dalam artikel ini juga saya cuba selitkan elemen motivasi sedikit supaya tidak kering dan bersifat teknikal semata-mata.

Baiklah, mari kita buat perbincangan yang santai-santai saja. Apakah masalah anda sebenarnya? Anda tidak tahu bagaimana nak mula atau anda tak mahu mula? Anda tiada ilmu atau anda tidak mengaplikasikan ilmu yang anda sudah ada? Anda mahu digelar sebagai usahawan internet je atau anda betul-betul nak jadi usahawan internet? Satu lagi, apakah motivasi anda?

1. Jika anda tidak tahu bagaimana nak mula, saya sarankan anda cuba baca ebook kedai internet dulu dan cuba serap kandungannya secara umum dan khusus tentang tajuk-tajuk yang saya highlight kan. Ada 7 cara yang penting (daripada ebook Kedai Internet) dan berkesan untuk memulakan perniagaan anda atau untuk menjana duit di internet. Kemudian jangan aplikasikan semua kerana anda akan rasa stress dan terus putus asa ok. Cuba ambil satu cara yang anda rasa anda betul-betul mampu teruskan dan terus mulakan. Kalau boleh buat draft pelan tindakan secara umum tentang strategi anda kerana itu akan memberikan anda semangat untuk bertindak.

Tapi jika anda tidak mahu mula, saya nasihatkan anda tak payah mulakan sampai bila-bila, tak rugi pun dan tak untung jugak :-)

2. Jika anda tiada ilmu, saya sarankan anda mula membaca ebook-ebook berkaitan dengan bidang perniagaan yang ingin anda ceburi. Pastikan anda sudah jelas dengan bidang apa yang ingin anda ceburi melalui ebook Kedai Internet atau apa-apa ebook lain yang anda baca mengenai perniagaan internet. Cuba serap ilmu-ilmu yang disampaikan dan cipta gambaran anda sendiri tentang bidang ini. Ertinya lakarkan di minda anda apa sebenarnya yang anda cuba nak lakukan dan bagaimana anda akan lakukannya. Jika itu pun anda sudah lakukan, Jangan beritahu saya yang anda tiada ilmu.

Tapi jika anda tidak mahu mengaplikasikan ilmu yang ada, saya taknak cakap apa-apa. Anda simpan sajalah ye ilmu tu sampai berkarat :-)

3. Jika anda hanya mahu digelar sebagai usahawan internet, anda cuma perlu menulis buku berkenaan perniagaan internet dan letakkan label untuk diri anda sebagai usahawan internet yang berjaya. Wah! Orang akan terpegun dan terus merasakan bahawa anda seorang usahawan internet yang hebat. Tapi sudahkah anda menjadi usahawan internet? Jika anda ingin betul-betul menjadi usahawan internet, anda tak perlu pun gelaran itu untuk terus bertindak. Biar diam-diam ubi berisi bukan diam-diam besi berkarat.

Tapi jika anda masih ingin mengejar ‘title’ usahawan internet, teruskan. Saya tak halang dan tak mampu halang pun. Saya doakan anda berjaya mendapat ‘title’ tersebut :-)

Akhir sekali, apakah motivasi anda? Duit? jika anda sudah kaya tentu anda takkan buat perniagaan internet ni kan? :-) apa lagi selain duit? Agama? Bangsa? Negara? Untuk membangunkan taraf ekonomi keluarga dan taraf hidup? Untuk suka-suka dan kalau gagal tinggalkan terus? Untuk apa? Jangan jawab pada saya, jawab pada diri anda sendiri.

Cuma pesan saya, jika duit yang menjadi motivasi anda, jangan biarkan ia menguasai diri anda dan menjadikan anda stress lalu tak boleh berfikir. Jangan jadikan kita orang-orang yang materialisme dan tenggelam dalam propaganda barat. Tidak ada masalah cari duit, cari banyak pun takpe. Ada cita-cita nak jadi jutawan lagi bagus. Tapi tanyalah diri sendiri sebab apa anda nak semua tu? Banyak telah saya pelajari dalam bidang ini selain tentang duit dan anda pasti pelajari jika anda terus berusaha.

Pesan terakhir saya berdasarkan pengalaman, mulakanlah dan…bersabarlah.

No related posts.

17 Responses to “Mula! Mula! Mula!”

  • yosh!

    mengikut kaedah fibonicci… tarikh hari ini adalah antara tarikh terbaik untuk memulakan sesuatu! ini panduan… sepertimana ilmu-ilmu panduan yang lain… yosh! hari permulaan yang baik!

    thanks Zul for the great post! :)

  • Artikel yg bagus dan amat berguna terutama bagi newbie. Mulakan bisnes dgn langkah pertama. Fokuskan kepada Goal yg telah di’set’ terlebih dahulu. Fokus, fokus dan fokus….

    semoga sukses

  • zulyunus:

    Betul tu kena fokus dan terus fokus. Dan mulakan dan teruskan dan dan dan…Anda fikir sendiri :-)

  • mie:

    salam nk btukar link ,,

  • Star:

    May the force b with you :)

  • minah:

    kalo saya mmg xtau psl internet, blh ke??? sy mmg xder pengetahuan pon psl internet….:( br mula keje, skang br th internet sket2…huhuhu

  • zulyunus:

    Salam minah.

    kalau awak tanya boleh atau tidak sudah tentu saya jawab boleh.

    Semua orang bermula daripada tahu kepada tak tahu. Sikit-sikit lama-lama pandai la tu. Kalau untuk cik minah ni saya cadangkan baca ebook-ebook tentang perniagaan internet ni dan banyakkan menyertai perbincangan di forum-forum untuk lebih memahami tentang bidang ni.

    boleh tengok forum di http://wangcyber.com atau http://jombincang.com

    Dan ramai orang menyangka mesti tahu semua bab teknikal untuk berniaga di internet sedangkan ada banyak pakar teknikal yang boleh tolong. Apa yang paling penting ialah idea dan produk yang menarik dan bagus.

    Itu sahaja saranan saya sedikit. Semoga berjaya!

  • salam..
    i am a newbie..huhu..sometime i am feeling down..but i want to be online business..
    please all my friends here help me out..

  • zulyunus:

    to Hafidz;

    Help yourself and you will see that there are others who are willing to support you :-)

    And I am her willing to share if you need assistant. I am not a pro but I will help as long as I could help :-)

    Gudluck!

  • angel86:

    salam,
    hai..saya masih baru lagi..ade juga try nk berjinak2 dgn IM nie tp bile byk sgt rase panik n tak tau nk start kat mane..huhu ada sape2 yang sudi tunjukkan jalan tak?kalau ada saya bersedia belajar..=)

  • zulyunus:

    Salam Angel;

    Hehe biasa la tu. Nak mula ni memang perit sikit. tapi kalau kita cuba buat sikit-sikit apa yang kita tau lama-lama kita akan belajar sikit-sikit dan ilmu tu akan kita dapat secara tak langsung atau langsung. InsyaAllah kalau dah baca ebook kedai internet tu ada sikit panduan untuk memulakan perniagaan internet.

    Buat dahulu apa yang awak tahu dan kalau ada masalah boleh tanya dan kita boleh bincang.

    Gudluck!

  • haha satu teknik motivasi basi ke ni?walaupun basi tetap menarik bagi mereka yang hanya duk baca ebook tp tak mula-mula satu habuk pun…Learn to be somebody,earning coming later…

  • salam.
    Thanks ats kata2 smangat 2.
    Sy pn msih mmikirkan brg apa yg igin djual.

  • for me get your passion and focus. no simple way to get quick way money.

  • zhizen:

    salam.

    saya sangat berminat dengan internet yang dapat menjana kewangan (berkhayal nak tumpang jadi jutawan) tapi masaalahnya hampir setahun dah dok tengok website seumpamanya tapi hingga kehari tak boleh nak mulakan pasal buta teknologi IT..Kalau boleh berilah guide untuk memulakan langkah pertama.InsyaAllah saya akan cuba yang terbaik.

  • Zack:

    Bagaimanakah caranya kita nak MULAkan tanpa ada Personal Computer, Domain, Hosting & Website sendiri, Sifu?


    Re: Saya pun takde laptop lagi, pinjam-pinjam orang punya dan pegi CC. :-) Domain boleh pakai yang percuma dulu di blogger.com atau wordpress.com…boleh start jadi affiliate dan buat review produk. Kalau nak dapatkan domain dan hosting sendiri boleh dapatkan di zulyunus.com/mileniahost

  • Salam

    Dulu saya sama juga ,tak nampak jalan jalan cam ner nak buat biz internet ni.Tapi berkat sabar saya dah dapat menjana pendapatan.Yang penting semangat juang kena tinggi dan bersabar.Lagi satu hati-hati beli ebook..

Leave a Reply