Keliru Lagi: Domain dan Hosting
Salam sejahtera semua. Post ini saya tulis setelah saya mendapat banyak maklumbalas yang mengatakan bahawa mereka masih tak faham tentang domain dan hosting. Berdasarkan kefahaman saya, saya akan cuba kongsikan tentang perkara ini. Saya cuba ringkaskan dan sampaikan dalam ayat yang paling mudah difahami ok. Dalam ebook kedai internet pun saya ada ulas sedikit tentang isu ini jika anda sudah baca, tapi mungkin masih kabur dan ada yang masih blur lagi. Tidak mengapa, mari kita kongsi ilmu bersama-sama.
Domain Name atau Nama Domain dikenali juga sebagai URL (Uniform Resource Locator). Dalam ertikata lain, domain name ialah apa yang anda tulis di bahagian paling atas web browser anda. Jika orang ingin masuk ke laman web atau blog anda, mereka akan taip alamat URL atau Nama Domain ini. Contohnya zulyunus.com.
Persoalan:
1. Mesti kena ada nama domain berbayar ke?
Tak semestinya, anda boleh dapatkan domain percuma di blogger.com atau wordpress.com dan di situ ada servis untuk buat blog percuma sekali.
2. Memang .com je ke kalau domain berbayar?
Tak jugak, ada yang .net/.biz/.com.my/.info Semua ni adalah domain berbayar. Harga standard bagi satu domain name ialah RM 35 setahun.
3. Kalau dah ada servis domain percuma, buat apa beli yang berbayar?
Kalau yang percuma akses untuk kandungan blog atau web kita terhad. Kita hanya boleh menulis, hantar post, dan edit sikit-sikit penampilan blog kita. Kita tak boleh nak pasang sistem affiliate atau nak upload minisite.
4. Upload tu mende pulak?
Upload ialah proses memindahkan fail daripada komputer kita ke dalam server kita. Saya akan ceritakan tentang server selepas ini.
Server ialah satu ruang yang menyimpan segala maklumat blog atau website kita. Apabila orang menaip Nama domain kita, segala maklumat yang disimpan dalam server akan dipindahkan ke browser (Mozilla Firefox/Internet Explorer/Opera Dll) untuk dilihat oleh pelawat.
Jadi, Jika kita menggunakan domain percuma daripada blogger atau wordpress contohnya, kita juga menggunakan hosting/server mereka dan semuanya percuma. Namun jika kita menggunakan nama domain berbayar, kita akan memiliki hosting sendiri yang kita sewa daripada penawar servis hosting tersebut. Saiz server yang kita sewa juga boleh jadi pelbagai, mungkin 20 MB atau mungkin sampai 1 GB. Jika untuk permulaan dan hanya untuk blogging biasa, 20 MB pun sudah mencukupi. Nanti anda boleh upgrade jika tak cukup.
Oleh itu, lebih mudah jika kita membeli nama domain dan sewa hosting pada satu tempat yang sama dan mereka boleh terus menghubungkan nama domain dengan hosting kita. Hosting dengan server tu lebih kurang ler.
Kesimpulannya, untuk memiliki blog kita mesti memiliki domain dan hosting, sama ada kita sewa tahunan yang kita punya sendiri atau kita pakai yang percuma yang ditawarkan oleh website tertentu.
Harapnya maklumat ini sedikit sebanyak dapat membantu. Anda boleh copy paste artikel ni dan letakkan di blog anda.
No related posts.



Artikel yg amat bagus dan amat diperlukan bagi usahawan internet. Semoga terus maju
Hehe terima kasih pakteh. Kirim salam Makteh
Tambah ilmu nih..saya. Trim Abang Zulyunus, terutama input-input yang diberikan.
Tolong comment ttg blog saya.
Ok.Makin berjaya ya
Terima kasih Banagatiz kerana berkunjung ke sini. Semoga makin beroleh kejayaan!
suatu info asas yang berguna bagi newbie yang baru nak bermula tentang dunia perniagaan internet …
Semoga semua dapat mengambil manfaat daripada perkongsian ringkas ini mudah-mudahan
Good. Bagus nih.
Nice post u have here
Added to my RSS reader
benda yg agak bagus ni untuk ditatapi dan diikuti
http://peminatjutawan.blogspot.com
[...] adalah sebuah protokol yang dipakai dalam proses memindahkan file daripada komputer kita ke server. Proses ini merupakan sebuah ilmu asas yang sangat penting jika kita ingin membina sebuah laman [...]