Control Panel Website atau Blog

Jika anda ingin memiliki blog dengan nama domain dot com sendiri, ilmu control panel atau cpanel merupakan antara ilmu asas yang anda perlukan bagi memudahkan pengendalian website atau blog anda nanti. Bagi penulisan kali ini, saya akan memfokuskan perbincangan kepada perkara-perkara yang saya rasakan penting yang terdapat di dalam cpanel. Sekali lagi ini adalah berdasarkan kepada pengalaman saya sepanjang saya bergelumang dengan cpanel website saya :-) .

Baiklah, untuk log in ke control panel, terlebih dahulu anda mesti memiliki nama domain dan hosting sendiri. Setelah anda memilikinya (jika belum anda boleh dapatkannya di sini), anda akan diberikan satu username dan password untuk akses ke control panel anda. Anda hanya perlu menaip ‘cpanel’ selepas nama domain anda contohnya seperti berikut:

http://NamaDomainAnda.com/cpanel

Tekan Enter.

Satu prompt akan keluar untuk anda mengisi username dan password anda seperti berikut:

Setelah anda mengisi username dan password yang betul, anda akan dibawa ke laman utama control panel anda:

(klik untuk besarkan)

Di sini ada beberapa item yang ingin saya kongsikan:

1. Fantastico Deluxe

Function ini merupakan satu function yang amat penting bagi cpanel. Perisian blog seperti wordpress boleh diinstall dengan mudah menggunakan function ini. Anda hanya perlu klik pada wordpress dan ikut arahan yang ditunjukkan. Memang mudah jika anda tahu caranya.

2. Awstats

Di sini anda boleh melihat statistik pelawat ke website atau blog anda. Anda boleh membuat analisa bulanan dan harian dan yang menariknya ialah anda boleh tahu keyword apa yang paling banyak digunakan oleh pelawat untuk membuat carian website anda. Bahkan, anda boleh juga mengetahui browser apa paling banyak digunakan pelawat dan daripada negara mana paling banyak pelawat ke blog anda. Menarik bukan? Lihat screenshot di bawah:

3. Subdomain

Fungsi ini membolehkan anda membina subdomain ertinya anak kepada domain utama anda. Contohnya domain utama anda ialah muhammad.com, anda boleh membuat subdomain yang pelbagai seperti blog.muhammad.com, diari.muhammad.com, perniagaan.muhammad.com, forum.muhammad.com dan sebagainya lagi. Untuk membuat subdomain ini adalah percuma dan tidak perlu bayaran tambahan. Bergantung kepada pakej hosting yang anda sewa sama ada subdomain limited atau unlimited.


Untuk memahami dengan lebih lanjut tentang penggunaan cpanel ini, saudara Jebat telah menghasilkan satu ebook yang sangat bagus dan lengkap bagi membantu anda secara praktikal memahami dan menggunakan cpanel dengan cekap. Anda boleh dapatkan di sini.

Setakat itu sahaja perkongsian ringkas dan gambaran yang ingin saya berikan tentang cpanel. Semoga sedikit sebanyak membantu anda memahami secara asas tentang cpanel. Jika anda sudah memiliki nama domain dan hosting sendiri, saya sangat sarankan anda memiliki ebook Panduan Asas Cpanel ini bagi memudahkan anda menguasai cpanel website anda.

Semoga Berjaya!

No related posts.

5 Responses to “Control Panel Website atau Blog”

Leave a Reply