Archive for January, 2009

Dengarkan Komen Mereka: Bahagian 1

Friday, January 30th, 2009

Banyak dah saya join bisnes internet ni..tapi hampeh..semua tak jadi…downline la, traffik la..Gila susah..!

-OPIECK-


Hi Zul,
Nice move..what a great virtual entrepreneur..Terus terang saya katakan, saya anti kepada bisnes seperti ini..

Mengapa negara barat dengan senang hati berkongsi ilmu yang mereka miliki dengan meletakkan/menulis di web secara percuma untuk dikongsi bersama terutamanya dikalangan kaum mereka sendiri?

Namun sebaliknya terjadi di negara kita yang baru nak celik IT..Kita sanggup menghasilkan ebook yang kualitinya tak seberapa dan kemudian menjual dengan harga yang jauh lebih mahal daripada buku sebenar yang dicetak diatas kertas..

Dan kemudian yang tertindas adalah golongan yang baru nak celik IT yang akan membeli ebook picisan ini. Mereka langsung tak tahu apa itu ebook dan hanya membelinya sahaja dengan harapan dapat menambah sumber pendapatan..

Maka tidak hairanlah para downline mendapat komisen yang lumayan hasil serangan promosi online yang ditujukan kepada golongan buta IT ini..Sedangkan semua maklumat/pengetahuan didalam ebook itu boleh didapati secara percuma dengan hanya meng’google’..

Apa pun, saya hargai perjuangan saudara untuk menambah sumber pendapatan melalui bisnes ‘terhangat di pasaran’ ini..Selamat Berjaya..

-APIECE-


Banyak pengalaman yang saya dapat sebenarnya. Bahkan disebabkan saya masih baru, cabaran untuk memulakan internet marketing ni memang sangat tinggi terutama masa nak dapatkan maklumat berkenaan sesuatu perkara. Walau apa pun, kita jangan mudah putus asa. Saya pun taknak putus asa walaupun baru dapat sikit je income :-) apa pun, terima kasih kepada im sekalian :-D

-MOHD ALIM IE-


Saudara Zulkifly,

Saya adalah seorang newbie. Saya mula berjinak-jinak dengan bidang keusahawanan internet sejak beberapa bulan yang lalu, tetapi tidak begitu serius. Saya berharap tahun 2009 ini saya akan menjadikan keusahawanan internet sebagai satu pekerjaan utama.

Setelah beberapa bulan surfing dan membaca pelbagai maklumat dan dokumen yang dipaparkan sambil mengambil bahagian dalam beberapa program yang dianjurkan, saya tidak mendapat pulangan apa-apa lagi. Saya dah mengeluarkan modal yang agak banyak dan berharap agar pulangan akan saya perolehi pada tahun 2009 ini. Agaknya terlalu banyak peluang dan program yang ditawarkan serta panduan yang diberikan sehingga menimbulkan kekeliruan apa program yang patut diceburi dan diberikan tumpuan.

Bidang yang jadi tumpuan bacaan dan penelitian saya pada masa ini ialah perniagaan eBay. Insya Allah saya akan mula berniaga dalam masa yang singkat dan berharap usaha saya akan memberikan hasil yang memuaskan. Walau bagaimanapun saya memerlukan bantuan dan sokongan daripada rakan-rakan yang telah lama menceburkan diri dalam bidang ini.

Sekian, terima kasih.

-BAHAROM-


saya nak kata berputus asa tidak, nak kata tak pun ada jugak rasa give up. saya dah habiskan beribu-ribu utk jana pendapatan internet tapi satu pun tak beri hasil. kini saya semakin trauma bila dengar pasal join sesuatu kemudian dapat jana beribu-ribuan. kini saya mula sedar tak mudah nak cari duit. saya pun tak tau macam mana lagi nak ubah nasib diri saya. serba tk kenalah…

-MARSYA-


Salam ..Zul….
saya baik2 saja, terima kasih.saya harap zul dan keluarga pun sihat juga. cuaca sekarang ni memang panas, begitu juga dengan usahawan moden sekarang ni….Internet sebagai satu sumber menjana pendapatan tanpa sempadan…Saya akui memang ada yang telah begelar JUTAWAN…dan ada pula yang dah jadi TAK KETAHUAN
ok..bagi saya benda2 macam ni dah jadi satu trend, melabur sana sini, habis RM ribu2, hasilnya…tak sepadan…saya sendiri pun banyak juga terlibat dalam usahawan IT ni….untung pun ada rugi pun ada. pokoknya kita kena pandai mencari peluang yang benar2 boleh kita join…kalau tak jangan, sebab penipuan di internet maya ni, agak canggih….di tawar berbagai2 plan yang meyakinkan…Global…tanpa sempadan…daripada RM ke USD,EURO…DAN MACAM2 LAGI….
FOREX… Salah satu cabang yang kukuh…dan mudah mendapat keuntungan…dan mudah juga mendapat kerugian. begitu juga dengan program2 tempatan, semua nya tipu dalam diam…bagi orang yang pandai dalam komputer boleh mencipta program menjana pendapatan, boleh untung konon, “ini halal sah sah di segi Agama dan Undang2, bukan skim cepat kaya”, itulah ungkapan yang ada dalam program macam ni…
OK Di sini terpulang lah kapada sudara, MEMANG SAYA AKUI KALAU NAK MENJADI SAORANG USAHAWAN CEMERLANG BOLEH MENGUNA SECARA INTERNET TANPA SEMPADAN NI. KITA BOLEH MENJUAL DAN MEMBELI PRODUK KE SELURUH DUNIA. TAPI, RISIKO NYA PASTI ADA…KALAU KITA BUKAN BENAR2 PAKAR dan PANDAI MENCIPTA DALAM IT, Sebab hanya dihujung jari…boleh menjana jutaan ringgit…Saya tahu sudara diantara orang yang pakar dalan IT ni…tak macam saya ..baru nak berjinak2,,,dgn Usahawan It ni.
Di atas tu hanya pendapat saya aje…mukin betul mukin salah, sebab hanya Pakar yang boleh memberi Pendapat…ok salam jumpa lagi
-ELIAS-

Produk Luar Biasa Bagi Saya

Tuesday, January 6th, 2009

Hari ini saya melewati laman web jualan produk ‘Video Tulisan Pro‘ oleh Mawardee. Dan setelah membaca semua bonus yang ditawarkan di samping produk utama yang ingin dipromosikan beliau, saya akui yang saya sangat kagum dan terpegun dengan kehebatan atau ‘power’ produk tersebut.

Cara buat duit dengan grafik sebenarnya masih belum banyak diketahui oleh kebanyakan usahawan internet. Percaya atau tidak, terdapat sehingga 14 cara untuk buat duit dengan grafik!

(more…)