Obsesi dan Realiti: Dilema Newbie

Salam sejahtera kepada semua pengunjung Dunia Maya. Hari ini saya ingin berkongsi apa yang datang daripada hati saya sendiri, berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saya sendiri. Mungkin sedikit pedas buat orang-orang tertentu dan mungkin sukar difahami buat orang-orang yang baru. Namun, tujuan saya menulis kali ini ialah untuk berkongsi dan berusaha meningkatkan kualiti perniagaan internet tempatan ke arah yang lebih baik, untuk diri sendiri dan untuk semua pembaca.

Newbie? Apa itu newbie? Newbie di sini dirujuk kepada mereka yang baru, dan lebih spesifik yang ingin saya tekankan di sini ialah mereka yang baru berjinak-jinak jinak dengan perniagaan internet. Setiap orang mempunyai keinginan untuk menambah pendapatan, apatah lagi apabila dijanjikan dengan pendapatan yang beribu-ribu, berpuluh-puluh ribu dalam masa yang singkat. Kalah orang kerja kerajaan, swasta ataupun lecturer di universiti-universiti.

Namun, apabila sesuatu produk dibeli ataupun sesuatu sistem itu disertai oleh newbie, mereka mula merungut apabila obsesi untuk menjana pendapatan tadi tidak dapat dicapai dalam masa yang relatif singkat. Dalam ertikata lain, antara obsesi dan realiti jauh berbeza. Saya menulis berdasarkan pengalaman dan apa yang saya sendiri rasai. Itulah yang berlaku dan akan terus berlaku, melanda orang-orang yang baru di alam perniagaan cyber ini. Jika cepat sedar dan tidak tergopoh-gopoh, itu lebih baik bagi kita.

Berdasarkan komen dan kritikan yang diberikan daripada survey yang saya lakukan, saya dapati memang ramai yang masih dalam kategori ‘blur’ tentang perniagaan internet. Tak kurang juga yang ‘kecewa’ dan tak puas hati dengan orang-orang yang dah berjaya. Ada juga yang tak puas hati dengan sistem yang menganiayai orang baru yang kurang berkemampuan. Antara komen yang boleh saya rangkumkan ialah:

1. Produk Digital Agak Mahal

Saya akui, bahkan saya juga kurang berpuas hati dengan otai-otai ataupun sesetengah pihak yang meletakkan harga yang agak tinggi dengan alasan untuk menjaga kualiti produk. Padahal sebenarnya nak cepat menjana duit dan mengembangkan bisnes dengan meletakkan sasaran kepada orang-orang baru. Akhirnya, newbie merasa tertipu dan mula menyalahkan perniagaan internet. Saya bercakap atas bukti, mereka sendiri telah meluahkan dalam komen-komen pada post sebelum ini. Bukan semua usahawan internet begitu, maksud saya bagi mereka yang bertujuan begitu, janganlah terlalu asyik mengejar income sehingga meletakkan harga-harga yang agak tinggi bagi harga sebuah ebook atau buku.

Itulah sebabnya sebuah buku yang boleh didapati dengan harga RM 10 pada kedai biasa menjadi RM 30 ke RM 40 bila dijual sebagai ebook di internet. Padahal kos yang dikeluarkan untuk lancarkan ebook atau produk digital tidak setinggi kos untuk publish buku dalam dunia sebenar. Tambahan pula stok tak pernah habis pun, cuma sengaja dilimitkan pembeli kepada beberapa ratus orang dengan tujuan menggesa mereka untuk membeli.

Salah satu sebab lain mengapa ebook atau produk digital ini dijual sedikit mahal ialah kerana penjual memikirkan tentang komisen affiliate. Kalau jual RM 10, takkan nak tawarkan komisen RM 2 kepada affiiliate? Siapa yang nak promosi dengan komisen yang sikit macam tu? Untung pun sikit je, lambat la nak jadi jutawannya…So letak la RM 60, dapat la tawar komisen lebih sikit, untung pun berganda-ganda. Itu cuma pandangan saya, boleh jadi mereka tidak berniat begitu. Ada juga yang beralasan pelbagai bonus ditawarkan, so berpatutan la dengan harga. Sedangkan pada pendapat saya kalau nak bagi bonus, tak payah la dikira sekali dalam harga yang ditawarkan, baik tak payah bagi bonus.

Kepada usahawan internet yang meletakkan harga dengan berpatutan berdasarkan semua kos yang diambil kira, tahniah saya ucapkan dan saya doakan dipermudahkan untuk mengembangkan perniagaan. Dan kepada newbie, pilihlah produk mengikut keperluan kerana realiti perniagaan itu perlu berhati-hati dan tidak tergopoh-gapah.

2. Panduan yang diberikan daripada produk yang dibeli cuma basic sahaja.

Betul, memang ada yang basic sahaja, namun ada yang betul-betul membantu dan memberikan panduan yang tepat. Sebab itulah saya sebut tadi mesti pilih produk ikut keperluan, jangan membuta tuli. Kadang-kadang kita dah tahu pun pasal sesuatu teknik perniagaan di internet ni, cuma kita belum laksanakan. Tapi bila keluar ebook pasal perkara tu, kita ghairah nak beli juga. Sebab tulah kita menyesal apabila panduan yang diberikan itu cuma basic.

Kepada usahawan yang menjual pula, pastikan produk yang anda jual mengikut spesifikasi yang anda ceritakan dalam surat jualan. Jika ayat promosi terlalu hype sedangkan produk panduan cuma basic je, itu tidak adil bagi orang yang membeli especially newbie. Kelak mereka akan hilang kepercayaan sekalipun kepada peniaga yang betul-betul menghasilkan produk berkualiti yang memang diperlukan pembeli. Jadi, bersikap jujurlah dalam menjual produk. Kalau pun anda dapat kaut keuntungan yang banyak dengan menipu pembeli, perniagaan anda takkan kekal lama, percayalah. Belajarlah daripada orang-orang yang berpengalaman.

3. Dah macam-macam jenis bisnes cuba, tapi gagal juga.

Anda bukan gagal, cuma belum berjaya. Tahukah anda kali keberapa Thomas Edison membuat percubaan sehingga beliau berjaya menghasilkan mentol? dekat-dekat 1000 kali… Saya sendiri dah habiskan RM 1000 ++ untuk belajar tentang perniagaan internet ni. Dan saya tak salahkan sistem atau produk jika saya belum berjaya jana keuntungan yang tinggi kerana saya percaya semua itu ialah pelaburan untuk masa depan. Cumanya saya tak dapat nak berikan fokus 100 % kepada bidang ini kerana kesibukan hari-hari dengan jadual kuliah dan aktiviti lain.

Nasihat saya, atau sekadar pandangan, buat muhasabah dan analisis kegagalan/ ketidakberjayaan anda :-) supaya anda tidak terus gagal. Setiap kejayaan tak bermakna tanpa cabaran dan halangan. Setiap kegagalan tak bermakna tanpa kita kembali bangun dan belajar daripadanya. Kita tak dapat hidup begitu lama untuk melakukan semua kesalahan, jadi belajarlah daripada kesalahan orang lain. Jangan terlalu obses melihat keuntungan semata-mata dalam bidang ini sehingga terlupa risiko yang perlu diambil.

Jika anda tidak serius dan sekadar nak tahu sikit-sikit, jangan salahkan orang lain jika anda tak dapat jana banyak mana pun…Orang yang serius pun belum tentu dapat jana pendapatan dengan baik. Tapi yakinlah bahawa dengan izin Allah, usaha tangga kejayaan. Jangan buat benda tak elok dan salah sudahlah :-)

Sebagai kesimpulan, saya ingin berkongsi dengan semua bahawa obsesi perniagaan internet perlu dipandu dengan baik berdasarkan kepada realiti yang ada. Jangan menjadikan obsesi sebagai syarat untuk kita berjaya kerana realitinya lain dan memerlukan sedikit pengorbanan dan kesabaran yang tinggi.

Semoga berjaya dan minta maaf kepada semua!

:-)

No related posts.

Tags: , , , , , , , , , , , , , ,

15 Responses to “Obsesi dan Realiti: Dilema Newbie”

  1. mymotivasi says:

    Wah, post kali ini memang menarik dan nampak blog duniamaya semakin matang. Saya suka artikel ini kerana terkena dgn batang hidung sendiri. Teruskan usaha anda dan semoga berjaya! :)

    Re: Terima kasih. Semoga ada manfaat untuk semua…kena batang hidung saya jugak huhu

  2. Zack says:

    Yes…Yes…Yes… Kalau zaman dulu kita ada ramai pahlawan & pendekar terbilang tapi untuk zaman moden ini saudara salah seorang darinya. Rasulullah SAW pun pernah bersabda jangan menipu dalam perniagaan tapi amat menyedihkan kerana masih ada yang sanggup buat begitu. Sokongan tak berbelah bagi kepada saudara saya unjurkan. “Dunia Maya” This is the BEST of The BEST & really U are the BEST…


    Re: Wah, bersemangatnya cik Zack. Saya tak lah sehebat mana pun, cuma berkongsi pengalaman sikit-sikit je huhu. Terima kasih. Semoga berjaya!

  3. hazman aka species1980 says:

    Salam…

    Saya setuju sangat dengan post kali ini….Kena ada guideline untuk kebanyakan newbie macam saya nie untuk fokus satu bidang pendapatan internet sahaja


    Re: Betul tu…semoga berjaya man!

  4. Terima kasih..Saranan juga idea yang Tuan berikan amat berguna sekali. Semoga kita dapat sama-sama menikmati pendapatan berterusan dalam mempergunakan perkembangan Teknologi yang semakin maju. Usaha yang tak mengenal jemu sahajalah yang dapat mengatasi jurang diantara mereka yang berpendapatan rendah, sederhana dan yang kaya raya. Bersatu hatilah kita kepada kebaikan.

    Re: Betul tu…kalau kita tak bersatu tak terasa nikmat bantu-membantu :-)

  5. modalniaga says:

    Website Duniamaya.com memang banyak membantu dalam menguruskan perniagaan di Internet.
    Syabas saya ucapkan..Maju Terus Maju….


    Re: Terima kasih atas rangsangan cik. Semoga cik juga terus maju

  6. Mohd Japar Markumi says:

    En Zul, terima kasih diatas mail-mail yang
    begitu bernas seperti saya sebagai newbie
    memang betul nasihat dari encik jangan tergopoh gapah cepat apa-apa tawaran bonus
    terus beli.Sekadar beli mana yang diperlukan
    untuk kerja harian.Untuk makluman saya sekarang mencari-cari application untuk meluaskan kerjaya saya sebagai Telecommunication Consultant dan Unit Trust&
    Anssurance Consultant. Terima kasih.


    Re: Semoga berjaya dalam pencarian :-)

  7. Said says:

    Tahniah Sifu Zul, walaupun Sdra Zul salah seorang di kalangan usahawan yang berjaya dalam perniagaan Internet tetapi keberanian Sdra Zul dalam ‘meluruskan benang yang basah agar tidak putus’ amat membanggakan.
    Pengajarannya ialah setiap newbie yang rasa tidak puashati dengan ebook yang dibeli kerana tidak banyak membantu malah memancing untuk membeli banyak lagi ebook akan menyebabkan ia disenaraihitam dan disebut di dalam forum2.. Ikutlah pesan Rasulullah dalam berniaga, tidak mengambil keuntungan berlebihan sehingga menaniaya pembeli.

  8. firadila says:

    Assalammualaikum dan salam ceria zul,

    Pelik jugak kan. Buku kat luar pun tak semahal di ebook. Namanya perniagaan internet, mesti nak untung cepat. Dengan kata lain, nak kalahkan irfan khairi jadi jutawan dalam masa 3 tahun. Tu yang jual ebook mahal tu. Lain orang lain caranya dan lain niatnya..yang penting pilihan di tangan kita..

    senyum dan ceria selalu.


    Re: Hehe pelik tetapi benar. Terima kasih

  9. panduan cb says:

    Assalamualaikum semua,

    Sy sependapat dgn Zul. Ada beberapa ebook tempatan yg mahal tetapi tak setanding dgn apa yang diberi. Over-promise. Sy penah kena beberapa kali dulu. Hanya pengalaman yg dpt mematangkan kita dlm memilih ebook tertentu.

    Belilah ebook yg perlu saja serta sesuai dgn model perniagaan internet yang anda nak ceburi. Buatlah research dulu sblm beli.

    Untuk mendapatkan maklumat asas, daftar saja kat mana2 giveaway. Banyak produk percuma yg diberi kat situ. Buat satu emel khas dan luangkan sikit masa untuk memilih produk yang anda inginkan. :D

  10. alimie@SI says:

    Assalamualaikum..first time bg komen..stuju sgt2 dgn apa yg en. zul tulis(?) ni..kbnyakan ebook yg dijual ngn harga mahal ni mmg tujuannya nak untung cpat..tak pasal2 newbie mcm sy ni yg jd mangsa..huhu..walau apepun, skurg2nya, adala pengalaman ‘terkena’..ye x? =)

  11. zulyunus says:

    Hehe…takpe alimie…terkena sekali jadik pengajaran. Bagus juga dapat pengajaran ni hehe…kepada semua, minta maaf kalau ada email yang tak sempat nak saya reply, saya cuba reply sedaya boleh

  12. zah says:

    Saya dah beli banyak juga ebook. Tapi ada satu ebook yang saya beli sampai sekarang janjinya belum ditunaikan. Jualan dah ditutup, tetapi apa yang dijanjikan tidak ditunaikan. Apa ni? (bukan saudara yang saya marahkan). Adakah orang melayu suka bersikap begini, dalam saleletter bukan main gah, rupa-rupanya belum siap sepenuhnya, dah dijual..Produk dari Terengganu. Maleh saya nak cakap siapa dia.. Email pun dia tak balas. Salah satu ebook bonusnya pulak, terlalu basic..1hari 1K.. apa yang dia cakap dalam 1hari 1K – semua orang tahu..contohnya kalau kita dapat projek buat design untuk jabatan kerajaan atau swasta atau jadi orang tengah antara orang swasta dengan designer sememangnya mendatangkan keuntungan lumayan..caranya ialah buat promosi secara offline..alamak budak tadika pun tahu..
    Yang ini contohnya macam juga peluang untuk ke bulan…caranya menyertai misi yang ditetapkan oleh kerajaan..tetapi yang dpaat pergi hanya seorang…
    Jadi yang boleh buat duit 1K hari ni pun bukan orang kebayankkan…hanya orang tertentu je… itu pun kadang-kadang mereka yang ada cable je, atau boleh bagi rasuah…

    .. bukan semua orang boleh buat, malah hanya segelintir je…. jadi ebook tu hampas sebenarnya….

    Minta pendapat.. perlukah saya pulangkan balik ebook tersebut…

  13. AKman says:

    adakan satu kaedah supaya kami newbie ni boleh belajar teknik-teknik bisnes internet mengikut cara yang betul menggunakan kaedah yg digunakan oleh sifu-sifu yg telah berjaya mengikut kategori mereka.kenakan caj pun tak ape , yg penting pulangannnya seperti yg dijanjikan.secara tak lansung ini boleh dijadikan satu kerjaya baru dan menolong ramai org .

  14. nadri says:

    salam zul…

    betul tu apa yg ko ckp…org kita mmg nk untung & kaya cepat…tak sbrlh katakan…tu yg biz cepat lingkup…

    biz trading online yg aku usahakn skrg pn blm menampakkan hasil…msh baru lagie & blm all out promote dkt forum etc…

    tp jualan secara offline, mmg dh menmpkan hasil…tp penat skt lah compare dgn online…

    biz yg aku bt nie mmg lmbt nk kaya tp atleast blh jana xtra income berterusan setiap bln…

  15. zulyunus says:

    Baguslah Nadri…Apa-apa pun kena sabar dan yakin akan rezeki daripada Allah

Leave a Reply