Archive for May, 2009
Bina Kredibiliti Anda
Sebagai seorang usahawan internet, kita perlu membina kredibiliti. Dalam ertikata lain, kita harus mendapatkan kepercayaan orang lain akan kemampuan kita untuk memenuhi keperluan mereka. Dalam membina kredibiliti, antara modal yang diperlukan ialah ‘MASA’ dan ‘BUAH FIKIRAN’. Daripada sinilah prospek kita akan perlahan-lahan bertukar menjadi pelanggan kita yang setia.
Antara jalan terbaik untuk memperkenalkan diri kita ialah melalui forum-forum yang khusus dengan niche kita. Contohnya Forum Dunia Maya sendiri, forum wangcyber, forum jombincang dan lain-lain. Kita bukan terus menjadi ahli untuk mempromosi produk, tetapi kita lebihkan usaha membantu kesulitan yang dialami oleh ahli forum lain.
Bagaimana cara terbaik untuk menjadi seorang forumer yang berjaya? Nah, rahsia inilah yang akan dibongkarkan oleh SmartZul dalam produk terbarunya: KUASA FORUM.
Dapatkan sekarang di sini.
Hasilkan Ebook Cara Mudah
Salam sejahtera semua pengunjung Dunia Maya. Apa khabar? Sebelum saya mula bercerita tentang perisian menghasilkan ebook .pdf ini, saya ingin bertanya adakah anda sudah mempunyai ebook sendiri? Bukan hanya tertakluk kepada ebook cara buat duit sahaja, tetapi juga dalam niche yang lain? Jika belum, apa kata anda mula menulis dan hasilkan ebook anda sendiri kerana pasti ada manfaatnya. Bab nak beri percuma atau berbayar itu terpulang kepada anda, yang penting informasinya berguna dan bermanfaat kepada orang lain.
Dalam menghasilkan ebook ini, anda memerlukan perisian untuk convert file word (.doc) ke format .pdf. Bagaimana pula jika anda hanya terus menulis seperti di dalam word dan terus publish as .pdf? Tentu lebih mudah bukan? Itulah yang dapat anda lakukan dengan menggunakan software “eWriterPro” ini. Read the rest of this entry »
Siapakah Pekerja?
Hari ini 1 Mei 2009, Hari Pekerja. Ya! Hari Pekerja.
Dunia Maya terpanggil untuk menulis sesuatu. Adakah Hari Pekerja bererti hari untuk bekerja atau hari bercuti? Confused…Bukankah Hari Pekerja bererti hari untuk pekerja melakukan aktiviti mereka iaitu bekerja? Mengapa Hari Pekerja cuti pula? hehe. Menarik persoalan ni. Ada lagi persoalan ni. Siapakah pekerja?
Pekerja ialah mereka yang membuat kerja. Ada kerja bergaji dan ada kerja tak bergaji. Ada kerja di pejabat dan ada kerja di tengah padang. Ada pula kerja di tengah laut. Bahkan ada juga kerja di hadapan komputer dan laptop. Ada orang yang dianggap tidak bekerja tetapi sebenarnya bekerja. Orang yang menganggur ialah orang yang tidak punya pekerjaan. Adakah orang yang tidak melakukan apa-apa kerja? Makan juga kerja, tidur juga kerja. Hehe. Berkebun juga kerja, bercucuk tanam juga kerja, blogging pun kerja.
Bila kita sempitkan skop, kita selalu ingin menilai penganggur sebagai orang yang tidak punya pekerjaan. Mereka juga punya pekerjaan cuma mungkin bukan pekerjaan tetap. Adakah makan gaji semata-mata pekerjaan yang wujud di atas muka bumi ini? Tidak, Bahkan perniagaan kecil-kecilan juga mungkin dapat mengaut untung lebih daripada orang makan gaji. Pokoknya ya pak (Indonesia pulak), jangan menyempitkan skop kerja.
Kepada sesiapa yang merasakan dirinya penganggur, ingatlah bahawa ada seribu satu pekerjaan yang boleh dilakukan di atas muka bumi ini. Jangan terpengaruh dengan pandangan hina orang lain kerana kita tak punya pekerjaan sepertimana yang mereka fahami, namun percayalah bahawa pekerjaan itu pasti ada dan tidak pernah habis. Jadilah pekerja! Jadilah pekerja! Tak kira apa juga pekerjaan selagi ia baik dan bermanfaat.
Bila ditanya siapakah pekerja dan siapakah penganggur, apakah jawapan anda selepas ini? Tepuk dada tanya akal

