FTP adalah sebuah protokol yang dipakai dalam proses memindahkan file daripada komputer kita ke server. Proses ini merupakan sebuah ilmu asas yang sangat penting jika kita ingin membina sebuah laman web. Selalunya kita mencipta laman web di dalam komputer menggunakan perisian seperti Dreamweaver, Microsoft Front Page, dan lain-lain. Jika anda memiliki asas HTML, mungkin anda dapat membina laman web yang simple menggunakan notepad/wordpad. Walaubagaimanapun, laman web yang anda bina tadi masih lagi ‘offline’ dan belum dipindahkan ke server untuk dipaparkan kepada umum. Apabila anda ingin upload laman web anda ke server, di sinilah anda akan menggunakan FTP.
Ada beberapa perisian FTP yang boleh anda gunakan untuk melakukan proses ini. Ada juga teknik yang advance dan tidak menggunakan software, namun lebih mudah menggunakan software, menjimatkan masa dan tidak memeningkan kepala. Untuk melakukan proses FTP ini, saya cadangkan anda menggunakan FileZilla yang boleh dimuat turun secara percuma. Ada juga yang menggunakan CoreLite FTP. Mana-mana pun boleh, cuma berbeza daripada segi perisian yang digunakan, namun matlamatnya masih sama iaitu memindahkan file anda daripada komputer ke server.
Setelah anda install software FTP (contohnya FileZilla), anda boleh terus run dan anda perlu masukkan username dan password di sini. Gunakan username dan password cpanel yang diberikan oleh hosting provider anda. Masukkan nama domain anda pada hostname dan set kan port 21 (default untuk FTP). Lihat screenshot di bawah (Klik untuk besarkan).
Setelah anda berjaya akses ke server anda, anda akan dapat melihat 2 bahagian (kiri dan kanan) dipaparkan pada screen anda. Di bahagian kiri adalah local site (komputer anda) dan di bahagian kanan adalah remote site (server anda). Apa yang perlu anda lakukan ialah memindahkan laman web atau files daripada local site ke remote site. Cuma drag sahaja files daripada bahagian kiri ke kanan. Anda juga boleh memindahkan file daripada server ke komputer anda. Lihat screenshot di bawah (Klik untuk besarkan).
Itulah sahaja sedikit pengenalan mengenai File Transfer Protokol.
No related posts.
Tags: File Transfer Protokol, FTP, panduan FTP, pengenalan FTP


salam zul. lama sya tak singgah web nie.
saya amat berminat utk sertai program affiliate & utk menjana pendapatan sampingan .
blh tak zul tlg guide macamana saya nk bermula.
nie blog baru saya: http://ayahaiman.blogspot.com
terima kasih.
Terima kasih Saudara Nadri kerana singgah ke sini
Affiliate ni kena sabar dan tekun. Kadang-kadang tu dah lama pun tak dapat lagi income yang lumayan melainkan orang yang betul2 tahu cara dan memang banyak menghabiskan masa mengkaji dan mencari jalan.
Secara jujurnya saya sendiri dah lama tak betul2 fokus dalam bidang ni sebab sibuk dengan kuliah di universiti. Blog ini pun dah lama tak update.
Tapi saya yakin, di mana ada kesungguhan di situ ada jalan, kalau tak berjaya sekarang, suatu hari nanti pasti berjaya jika Allah izinkan. Ilmu tu yang mahal
Gudluck Nadri!