Kepentingan Trafik dan Conversion Rate

Dalam bidang affiliate, usaha kita lebih tertumpu kepada mempromosi dan kurang daripada segi maintenance produk. Itu tugas pencipta produk. Yang manakah yang lebih mencabar? Menghasilkan produk atau mempromosi produk?

Artikel kali ini saya akan fokuskan kepada 2 perkara yang penting yang harus diambil perhatian dalam pemasaran produk:

1. Trafik

Tidak dapat tidak kita perlu menarik trafik ke laman web jualan produk yang ingin kita promosikan. Jika kita tidak mempunyai trafik yang cukup tinggi, ertinya promosi kita juga belum cukup meluas dan tak ramai yang mengunjungi laman web jualan tersebut. Maka trafik adalah sesuatu permata yang sangat bernilai dalam pemasaran affiliate. Semakin tinggi trafik, semakin tinggi kemungkinan orang akan membeli daripada link affiliate kita.

Banyak teknik boleh dicuba dalam usaha meningkatkan trafik ke website. Antaranya dengan meninggalkan komen di blog-blog yang berkaitan terutamanya yang memiliki trafik yang tinggi supaya pengunjung blog tersebut turut masuk ke website yang ingin kita promosikan. Antara lain boleh juga mencuba teknik SEO yang boleh dipelajari di forum-forum. Taipkan saja Teknik SEO pada google, anda akan jumpa banyak teknik. Mungkin ada kesempatan saya akan kongsikan di Dunia Maya.

2. Conversion Rate

Conversion rate ialah kadar penukaran pengunjung kepada pembeli. Ertinya, jika 10 orang yang membeli daripada 100 pengunjung yang datang, conversion rate = 10 %. Kalau hanya seorang daripada 100, conversion rate = 1 %. Conversion rate adalah sesuatu yang sangat penting selepas trafik. Jika tidak ada trafik yang tinggi sama sekali, maka conversion rate pun tidak signifikan. Sebaliknya, kalau trafik tinggi, belum tentu conversion rate juga tinggi.

Conversion rate juga bergantung kepada kehebatan sesebuah produk. Kerana itulah kita harus memilih produk yang memang dapat menarik pengunjung untuk membeli. Letakkan diri kita di tempat pengunjung, adakah kita terasa terpujuk untuk membeli produk tersebut? Mengapa kita mesti beli? Adakah bonusnya begitu hebat?

Di samping itu, kita juga boleh cuba buat Pra-Jualan. Ertinya sebelum pengunjung sampai ke laman web jualan dengan link affiliate kita, mereka akan terlebih dahulu masuk ke blog atau website kita yang memberikan review dan penelitian kita sendiri berkenaan produk tersebut. Di sinilah perlunya kita belajar teknik memberikan informasi berguna kepada pelanggan berbanding sekadar memaksa atau mendesak mereka membeli produk.

Kesimpulannya, sebagai affiliate, kita harus memikirkan dengan serius tentang cara menarik trafik dan bagaimana memujuk pengunjung untuk membeli supaya conversion rate kita tinggi. Ini penting supaya masa dan wang kita tidak habis sia-sia untuk meningkatkan trafik, sedangkan tatkala mereka sampai ke laman web yang kita promosikan, mereka ingin segera meninggalkannya.

No related posts.

Leave a Reply