Author Archive

Tabi’at Trial-And-Error Abadi

Friday, February 19th, 2010

Dalam perniagaan ada risiko. Begitu juga dengan perniagaan internet. Untuk mengurangkan risiko kegagalan, kita memerlukan strategi dan tindakan yang bijak. Pada peringkat awal, mungkin kita perlu banyak trial-and-error, cuba-cuba macam-macam teknik dan gaya. Namun, jangan selamanya trial-and-error tanpa belajar daripada kesalahan dan merancang strategi yang lebih berkesan. Sebab tulah dalam post kali ini, saya nak fokuskan perbincangan tentang tabi’at trial-and-error abadi. Ini adalah berdasarkan kepada pengalaman, pengamatan dan pembacaan saya sendiri. (more…)

Kepentingan Trafik dan Conversion Rate

Wednesday, February 17th, 2010

Dalam bidang affiliate, usaha kita lebih tertumpu kepada mempromosi dan kurang daripada segi maintenance produk. Itu tugas pencipta produk. Yang manakah yang lebih mencabar? Menghasilkan produk atau mempromosi produk?

Artikel kali ini saya akan fokuskan kepada 2 perkara yang penting yang harus diambil perhatian dalam pemasaran produk:

1. Trafik

Tidak dapat tidak kita perlu menarik trafik ke laman web jualan produk yang ingin kita promosikan. Jika kita tidak mempunyai trafik yang cukup tinggi, ertinya promosi kita juga belum cukup meluas dan tak ramai yang mengunjungi laman web jualan tersebut. Maka trafik adalah sesuatu permata yang sangat bernilai dalam pemasaran affiliate. Semakin tinggi trafik, semakin tinggi kemungkinan orang akan membeli daripada link affiliate kita. (more…)

Salah Faham Terhadap Formula Luar Biasa

Tuesday, February 16th, 2010

Salam sejahtera semua pengunjung Dunia Maya. Post kali ini saya ingin berkongsi tentang sebuah produk yang dihasilkan oleh Mohd Nizam, yang sudah agak lama berada di pasaran tempatan iaitu Formula Luar Biasa – FLB Pro.

Kalau saudara belum pernah mendengar tentang produk ini, eloklah dibaca sehingga habis post kali ini. Jika pernah mendengar, mungkin sudah tahu atau mempunyai tanggapan tertentu terhadap produk ini. Apa pun, saya cuba memberikan pandangan peribadi saya secara adil berkenaan produk ini.

Produk ini pada hemat saya tidak mengamalkan skim cepat kaya atau terlibat dengan mana-mana sistem penipuan. Apa yang saya dapati daripada pemerhatian dan penelitian, ia adalah sebuah program affiliate yang menjanjikan pulangan yang lumayan, dan memang lumayan kerana sudah terbukti oleh beberapa orang. (more…)

Learn Photoshop Elements

Wednesday, February 10th, 2010

Learn elements has been made easier for you with a lot of video tutorials to be watched right away. Click Here

Don’t forget – with these video tutorials, all you have to do is watch the mouse pointer on the video, DO THE SAME THING and you will master all the important basics of Photoshop Elements. (more…)

FTP – File Transfer Protocol

Tuesday, January 19th, 2010

FTP adalah sebuah protokol yang dipakai dalam proses memindahkan file daripada komputer kita ke server. Proses ini merupakan sebuah ilmu asas yang sangat penting jika kita ingin membina sebuah laman web. Selalunya kita mencipta laman web di dalam komputer menggunakan perisian seperti Dreamweaver, Microsoft Front Page, dan lain-lain. Jika anda memiliki asas HTML, mungkin anda dapat membina laman web yang simple menggunakan notepad/wordpad. Walaubagaimanapun, laman web yang anda bina tadi masih lagi ‘offline’ dan belum dipindahkan ke server untuk dipaparkan kepada umum. Apabila anda ingin upload laman web anda ke server, di sinilah anda akan menggunakan FTP. (more…)

Kuasa Getresponse

Wednesday, June 3rd, 2009

Salam sejahtera. Dah lama saya tak menulis di sini. Kesibukan sehari-hari tak memungkinkan saya untuk update blog sebelum ini. Alhamdulillah kali ini berkesempatan berkongsi dengan para pembaca tentang Getresponse, Autoresponder yang saya gunakan selama ini.

Dalam perbincangan kali ini, saya akan fokuskan kepada beberapa tajuk penting berikut:

1. Kuasa Email Marketing
2. Program Affiliate GetResponse.

Kuasa Email Marketing

Tahukah anda email marketing atau pemasaran email merupakan satu senjata yang boleh dikatakan sangat powerful dalam perniagaan internet? Jika anda sedar, hampir semua usahawan internet yang berjaya pasti menggunakan sarana ini dalam perniagaan mereka: Irfan Khairi, Gobala Krishnan, Zamri Nanyan, Zulfadli Sudin, Labanon, Luvlee, Shuk dan lain-lain lagi nama yang anda sendiri kenali. Bagi menggunakan teknik ini, mereka menggunakan autoresponder seperti Aweber atau GetResponse dan lain-lain lagi. (more…)

Bina Kredibiliti Anda

Monday, May 4th, 2009

Sebagai seorang usahawan internet, kita perlu membina kredibiliti. Dalam ertikata lain, kita harus mendapatkan kepercayaan orang lain akan kemampuan kita untuk memenuhi keperluan mereka. Dalam membina kredibiliti, antara modal yang diperlukan ialah ‘MASA’ dan ‘BUAH FIKIRAN’. Daripada sinilah prospek kita akan perlahan-lahan bertukar menjadi pelanggan kita yang setia.

Antara jalan terbaik untuk memperkenalkan diri kita ialah melalui forum-forum yang khusus dengan niche kita. Contohnya Forum Dunia Maya sendiri, forum wangcyber, forum jombincang dan lain-lain. Kita bukan terus menjadi ahli untuk mempromosi produk, tetapi kita lebihkan usaha membantu kesulitan yang dialami oleh ahli forum lain.

Bagaimana cara terbaik untuk menjadi seorang forumer yang berjaya? Nah, rahsia inilah yang akan dibongkarkan oleh SmartZul dalam produk terbarunya: KUASA FORUM.

Dapatkan sekarang di sini.