Archive for the ‘Apa Kata Mereka’ Category
Dengarkan Komen Mereka: Bahagian 2
Assalammualaikum Saudara Zul
, Terima Kasih kerana ingatkan saya. Hampir setiap hari saya ke CC untuk mencari sesuatu maklumlah Newbie lah katakan. Saya tak pernah impikan untuk menjadi kaya sekelip mata dalam bidang ini walaupun hakikatnya saya amat yakin jika kena caranya kita mampu menggapai sesuatu. Bagi saya cukuplah sekiranya pendapatan sebulan melalui bidang ini mencecah RM2k walaupun amat sukar sebenarnya. Saya perlukan tunjuk ajar seseorang yang lebih berpengalaman agar tak tertipu, terpesong dan terkena seperti saudara itu pun jika saudara sudi menunjukkan jalannya. Sehingga berjumpa lagi, Wassalam.
-Zack-
Salam..En zul….Thanks…Memang sekarang ni banyak penipuan moden , tanpa sempadan, dalam IT, orang mudah terpedaya, bagi orang yang sedang mencari peluang menjana pendapatan, lebih terdedah kapada penipuan ini…yang terbaru robot forex, dan lain2 tapi kalau mudah dapat duit mengapa mereka2 yang buat benda ni tak jadi jutawan? Saudara mara tak pun kaya raya. Kalau saya boleh cipta program cari duit ni, saya mesti kaut banyat2 duit, berjutawan adik-beradik, anak pinak, semua jutawan, baru ofer pada kawan2.
Ni cipta laman web macam2 cara untuk menipu. Betul kot En. Zul…saya tahu kat kulim tu besepah kaki main saham IT ni, termasuk saya…untung takdak rugi banyak ada laa…
-Ellias-
Dunia perniagaan internet banyak menjanjikan beribu impian untuk dicapai. Teknologi tanpa sentuhan peribadi (high tech plus high touch), agak sukar diikuti. Hubungan “in person” amat perlu untuk menghuraikan sebarang kemusykilan.
-Jaim-
Hi…setau saya dah banyak email and bahan ebook saya dah downlaod but semuanya cuma basic je. Kalau kita nak lebih jelas seperti dlm CD kita kena pulak bayar. Tau-tau je la sebab saya ni baru and tak tau apa2 pasal internet ni
-Rebecca-
Assalamu’alaikum…Terus terang saya bukanlah usahawan internet, tapi saya selalu ikuti perkembangan kat internet. Ape yg saya rasa perlu ada dlm internet markerting ialah kejujuran dan tidak tamak. Kalau ikut syarak tidak ada perniagaan tanpa barangan yg halal. Maksudnya setiap jualbeli kena ada akad dan hukum. Dalam hukum kena ada barangan, tu salah satu syarat….
tapi kat internet, U boleh tengok sendirikan. Itulah cabaran yg terbesar utk membezakan antara yang halal dan haram dlm urus niaga. Jangan ikutkan logik akal sangat tp eloklah kalau ikutkan hukum agama. Hakikatnya masyarakat kita dh terikut2 budaya org barat yang bertujuan menipu. Seboleh-bolehnya wujudkan satu budaya internet kita sendiri, gunakan idea kita sdri, keluarkan barangan dan pasarkan kat internet.
Setakat ebook, memanglah boleh jual. Tapi kan ilmu, elok diajarkan sebab islam menyuruh kita mengajar walaupun hanya sedikit ilmu yg kita ada. Jadi bagi saya ebook tak payah la dijual mahal-mahal lagipun org Malaysia bukan suka membaca, org malaysia suka makan dan ubat kuat je…Lagi satu kebanyakan blog dan website barat asalnya scam bukan betul pun.
Semua website takde barangan, yg ade penipuan tapi dsebabkan ade sistem affiliate maka sistem tu berjalan elok,at last owner jd kaya dan scam. Jadi menghasilkan duit terus tak nampak scam lg…itulah yg dikatakan asal scam dan akhirnya jadi menjana duit…Itu yg banyak berlaku, tapi memang tk hairan benda tu sebab sistem affiliate mengharapkan org utk promote, tapi yg peliknya masih ada org yg berminat walaupun dbayar 0.0001sen…0.0001sen buka ada harga tu cuma setakat nilai je..
Mana ada duit 0.0001sen tp tu pun ramai yg tolong promote website macam tu..pelikkan….
Harap2 budaya internet malaysia tak macamtu, agak2lah utk menjana pendapatan. Jangan ada yg menipu dan ambil kesempatan.. pada yg takde barangan setakat kutip duit org utk bayar pd org ln tu, taubat2 lah…
Kalau ikut logik akal sendiri, memang akan halal ikut setiap kemahuan kita. Tapi ikutlah pd hukum untuk berniaga…Terima kasih…
-Rosnizar-
Dengarkan Komen Mereka: Bahagian 1
Banyak dah saya join bisnes internet ni..tapi hampeh..semua tak jadi…downline la, traffik la..Gila susah..!
-OPIECK-
Hi Zul,
Nice move..what a great virtual entrepreneur..Terus terang saya katakan, saya anti kepada bisnes seperti ini..Mengapa negara barat dengan senang hati berkongsi ilmu yang mereka miliki dengan meletakkan/menulis di web secara percuma untuk dikongsi bersama terutamanya dikalangan kaum mereka sendiri?
Namun sebaliknya terjadi di negara kita yang baru nak celik IT..Kita sanggup menghasilkan ebook yang kualitinya tak seberapa dan kemudian menjual dengan harga yang jauh lebih mahal daripada buku sebenar yang dicetak diatas kertas..
Dan kemudian yang tertindas adalah golongan yang baru nak celik IT yang akan membeli ebook picisan ini. Mereka langsung tak tahu apa itu ebook dan hanya membelinya sahaja dengan harapan dapat menambah sumber pendapatan..
Maka tidak hairanlah para downline mendapat komisen yang lumayan hasil serangan promosi online yang ditujukan kepada golongan buta IT ini..Sedangkan semua maklumat/pengetahuan didalam ebook itu boleh didapati secara percuma dengan hanya meng’google’..
Apa pun, saya hargai perjuangan saudara untuk menambah sumber pendapatan melalui bisnes ‘terhangat di pasaran’ ini..Selamat Berjaya..
-APIECE-
Banyak pengalaman yang saya dapat sebenarnya. Bahkan disebabkan saya masih baru, cabaran untuk memulakan internet marketing ni memang sangat tinggi terutama masa nak dapatkan maklumat berkenaan sesuatu perkara. Walau apa pun, kita jangan mudah putus asa. Saya pun taknak putus asa walaupun baru dapat sikit je income
apa pun, terima kasih kepada im sekalian
![]()
-MOHD ALIM IE-
Saudara Zulkifly,
Saya adalah seorang newbie. Saya mula berjinak-jinak dengan bidang keusahawanan internet sejak beberapa bulan yang lalu, tetapi tidak begitu serius. Saya berharap tahun 2009 ini saya akan menjadikan keusahawanan internet sebagai satu pekerjaan utama.
Setelah beberapa bulan surfing dan membaca pelbagai maklumat dan dokumen yang dipaparkan sambil mengambil bahagian dalam beberapa program yang dianjurkan, saya tidak mendapat pulangan apa-apa lagi. Saya dah mengeluarkan modal yang agak banyak dan berharap agar pulangan akan saya perolehi pada tahun 2009 ini. Agaknya terlalu banyak peluang dan program yang ditawarkan serta panduan yang diberikan sehingga menimbulkan kekeliruan apa program yang patut diceburi dan diberikan tumpuan.
Bidang yang jadi tumpuan bacaan dan penelitian saya pada masa ini ialah perniagaan eBay. Insya Allah saya akan mula berniaga dalam masa yang singkat dan berharap usaha saya akan memberikan hasil yang memuaskan. Walau bagaimanapun saya memerlukan bantuan dan sokongan daripada rakan-rakan yang telah lama menceburkan diri dalam bidang ini.
Sekian, terima kasih.
-BAHAROM-
saya nak kata berputus asa tidak, nak kata tak pun ada jugak rasa give up. saya dah habiskan beribu-ribu utk jana pendapatan internet tapi satu pun tak beri hasil. kini saya semakin trauma bila dengar pasal join sesuatu kemudian dapat jana beribu-ribuan. kini saya mula sedar tak mudah nak cari duit. saya pun tak tau macam mana lagi nak ubah nasib diri saya. serba tk kenalah…
-MARSYA-
Salam ..Zul….saya baik2 saja, terima kasih.saya harap zul dan keluarga pun sihat juga. cuaca sekarang ni memang panas, begitu juga dengan usahawan moden sekarang ni….Internet sebagai satu sumber menjana pendapatan tanpa sempadan…Saya akui memang ada yang telah begelar JUTAWAN…dan ada pula yang dah jadi TAK KETAHUAN…ok..bagi saya benda2 macam ni dah jadi satu trend, melabur sana sini, habis RM ribu2, hasilnya…tak sepadan…saya sendiri pun banyak juga terlibat dalam usahawan IT ni….untung pun ada rugi pun ada. pokoknya kita kena pandai mencari peluang yang benar2 boleh kita join…kalau tak jangan, sebab penipuan di internet maya ni, agak canggih….di tawar berbagai2 plan yang meyakinkan…Global…tanpa sempadan…daripada RM ke USD,EURO…DAN MACAM2 LAGI….FOREX… Salah satu cabang yang kukuh…dan mudah mendapat keuntungan…dan mudah juga mendapat kerugian. begitu juga dengan program2 tempatan, semua nya tipu dalam diam…bagi orang yang pandai dalam komputer boleh mencipta program menjana pendapatan, boleh untung konon, “ini halal sah sah di segi Agama dan Undang2, bukan skim cepat kaya”, itulah ungkapan yang ada dalam program macam ni…OK Di sini terpulang lah kapada sudara, MEMANG SAYA AKUI KALAU NAK MENJADI SAORANG USAHAWAN CEMERLANG BOLEH MENGUNA SECARA INTERNET TANPA SEMPADAN NI. KITA BOLEH MENJUAL DAN MEMBELI PRODUK KE SELURUH DUNIA. TAPI, RISIKO NYA PASTI ADA…KALAU KITA BUKAN BENAR2 PAKAR dan PANDAI MENCIPTA DALAM IT, Sebab hanya dihujung jari…boleh menjana jutaan ringgit…Saya tahu sudara diantara orang yang pakar dalan IT ni…tak macam saya ..baru nak berjinak2,,,dgn Usahawan It ni.Di atas tu hanya pendapat saya aje…mukin betul mukin salah, sebab hanya Pakar yang boleh memberi Pendapat…ok salam jumpa lagi-ELIAS-
Affiliate A Plus Ammar Zahar
Salam sejahtera semua. Hari ini saya ingin bercerita sedikit tentang produk baru yang dilancarkan oleh Ammar Zahar iaitu Affiliate A Plus. Saya bukan ingin bercerita daripada apa yang saya tahu namun daripada apa kata mereka tentang produk ini. Apa kata mereka yang serba tahu dan juga mereka yang telah berjaya hasil daripada mengaplikasikan ilmu yang diperolehi daripada ebook kali ini.
Sebagaimana sedia maklum bahawa program affiliate antara program yang banyak melahirkan usahawan baru dan orang kaya baru baik tempatan mahupun antarabangsa. Apa yang menarik mengenai ebook Affiliate A Plus Ammar Zahar ini ialah beliau menceritakan bagaimana beliau sendiri sebagai seorang newbie berjaya menghasilkan pulangan melalui program affiliate. Apa yang dibongkarkan oleh beliau ialah teknik-teknik yang terbukti berkesan. Jika anda serius, ebook ini memang untuk anda!
