Archive for the ‘Ayuh Berfikir’ Category
Siapakah Pekerja?
Hari ini 1 Mei 2009, Hari Pekerja. Ya! Hari Pekerja.
Dunia Maya terpanggil untuk menulis sesuatu. Adakah Hari Pekerja bererti hari untuk bekerja atau hari bercuti? Confused…Bukankah Hari Pekerja bererti hari untuk pekerja melakukan aktiviti mereka iaitu bekerja? Mengapa Hari Pekerja cuti pula? hehe. Menarik persoalan ni. Ada lagi persoalan ni. Siapakah pekerja?
Pekerja ialah mereka yang membuat kerja. Ada kerja bergaji dan ada kerja tak bergaji. Ada kerja di pejabat dan ada kerja di tengah padang. Ada pula kerja di tengah laut. Bahkan ada juga kerja di hadapan komputer dan laptop. Ada orang yang dianggap tidak bekerja tetapi sebenarnya bekerja. Orang yang menganggur ialah orang yang tidak punya pekerjaan. Adakah orang yang tidak melakukan apa-apa kerja? Makan juga kerja, tidur juga kerja. Hehe. Berkebun juga kerja, bercucuk tanam juga kerja, blogging pun kerja.
Bila kita sempitkan skop, kita selalu ingin menilai penganggur sebagai orang yang tidak punya pekerjaan. Mereka juga punya pekerjaan cuma mungkin bukan pekerjaan tetap. Adakah makan gaji semata-mata pekerjaan yang wujud di atas muka bumi ini? Tidak, Bahkan perniagaan kecil-kecilan juga mungkin dapat mengaut untung lebih daripada orang makan gaji. Pokoknya ya pak (Indonesia pulak), jangan menyempitkan skop kerja.
Kepada sesiapa yang merasakan dirinya penganggur, ingatlah bahawa ada seribu satu pekerjaan yang boleh dilakukan di atas muka bumi ini. Jangan terpengaruh dengan pandangan hina orang lain kerana kita tak punya pekerjaan sepertimana yang mereka fahami, namun percayalah bahawa pekerjaan itu pasti ada dan tidak pernah habis. Jadilah pekerja! Jadilah pekerja! Tak kira apa juga pekerjaan selagi ia baik dan bermanfaat.
Bila ditanya siapakah pekerja dan siapakah penganggur, apakah jawapan anda selepas ini? Tepuk dada tanya akal
