Salam sejahtera semua. Post ini saya tulis setelah saya mendapat banyak maklumbalas yang mengatakan bahawa mereka masih tak faham tentang domain dan hosting. Berdasarkan kefahaman saya, saya akan cuba kongsikan tentang perkara ini. Saya cuba ringkaskan dan sampaikan dalam ayat yang paling mudah difahami ok. Dalam ebook kedai internet pun saya ada ulas sedikit tentang isu ini jika anda sudah baca, tapi mungkin masih kabur dan ada yang masih blur lagi. Tidak mengapa, mari kita kongsi ilmu bersama-sama.
Domain Name atau Nama Domain dikenali juga sebagai URL (Uniform Resource Locator). Dalam ertikata lain, domain name ialah apa yang anda tulis di bahagian paling atas web browser anda. Jika orang ingin masuk ke laman web atau blog anda, mereka akan taip alamat URL atau Nama Domain ini. Contohnya zulyunus.com.
