Archive for the ‘Info’ Category

Hasilkan Ebook Cara Mudah

Salam sejahtera semua pengunjung Dunia Maya. Apa khabar? Sebelum saya mula bercerita tentang perisian menghasilkan ebook .pdf ini, saya ingin bertanya adakah anda sudah mempunyai ebook sendiri? Bukan hanya tertakluk kepada ebook cara buat duit sahaja, tetapi juga dalam niche yang lain? Jika belum, apa kata anda mula menulis dan hasilkan ebook anda sendiri kerana pasti ada manfaatnya. Bab nak beri percuma atau berbayar itu terpulang kepada anda, yang penting informasinya berguna dan bermanfaat kepada orang lain.

Dalam menghasilkan ebook ini, anda memerlukan perisian untuk convert file word (.doc) ke format .pdf. Bagaimana pula jika anda hanya terus menulis seperti di dalam word dan terus publish as .pdf? Tentu lebih mudah bukan? Itulah yang dapat anda lakukan dengan menggunakan software “eWriterPro” ini. Read the rest of this entry »

Produk Luar Biasa Bagi Saya

Hari ini saya melewati laman web jualan produk ‘Video Tulisan Pro‘ oleh Mawardee. Dan setelah membaca semua bonus yang ditawarkan di samping produk utama yang ingin dipromosikan beliau, saya akui yang saya sangat kagum dan terpegun dengan kehebatan atau ‘power’ produk tersebut.

Cara buat duit dengan grafik sebenarnya masih belum banyak diketahui oleh kebanyakan usahawan internet. Percaya atau tidak, terdapat sehingga 14 cara untuk buat duit dengan grafik!

Read the rest of this entry »

Kehancuran Program Reseller

Oleh: Shuth

Akhir-akhir ini banyak betul website-website skim cepat kaya yang tumbuh dan menggunakan perkataan “program reseller” sebagai nama samaran bagi “skim cepat kaya” anjuran mereka.

Kebanyakkan website-website program reseller ini, menawarkan satu peluang “pendapatan mudah”. Kononnya, dengan hanya perlu membayar sedikit “yuran keahlian” (RM10- RM50) , mereka akan menjadi kaya raya.

Setiap ahli akan mendapat produk “sampah” & juga sebuah website reseller. Untuk mendapatkan wang yang banyak , ahli tersebut perlu mempromosikan website reseller mereka. Lagi banyak mangsa yang mereka perolehi untuk sertai dibawah mereka.. lagi banyak wang yang akan diperolehi.

Hakikat sebenar, program-program resseler ini sebenarnya, adalah merupakan skim piramid dan program skim cepat kaya versi terkini.

Read the rest of this entry »

Lihat Sendiri Sistem NiagaKit!

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Baiklah pada kali ini saya akan menceritakan sedikit tentang produk NiagaKit yang akan dilancarkan oleh Team FlareBiz. Ingin saya tegaskan di sini bahawa produk mereka pada kali ini bukanlah sistem buat duit di mana anda laburkan wang untuk membeli dan duduk diam dapat duit.

NiagaKit sebenarnya adalah sistem ecommerce ataupun dengan kata mudah ialah sistem kedai online. Seperti yang sedia maklum ramai yang ingin memulakan perniagaan Internet tetapi tidak pandai bagaimana ingin membina laman web. Ini membuatkan semangat mereka untuk menceburkan diri dalam perniagaan Internet terbantut. Jadi dengan NiagaKit semua itu dapat diselesaikan dalam sekelip mata.
Read the rest of this entry »

Sistem DPP dilancarkan!

Kepada penjual ebook, audio, video dan segala jenis produk digital di Internet.

Laman download (download page) adalah satu perkara yang biasa bagi anda di mana di situlah terletaknya material atau item yang dijual untuk didownload oleh pembeli.

Namun, kebanyakan usahawan internet produk digital (mungkin termasuk anda) biasanya tidak melindungi laman download tersebut dengan anggapan tak ada apa-apa yang perlu dirisaukan atau sikap memperlekehkan perlindungan terhadap page download.

Jangan perlekehkan perkara kecil kerana yang kecil itulah boleh memberikan kerugian yang amat besar. Ruang download yang tidak dilindungi umpama sebuah rumah yang mempunyai pintu, tetapi pintu itu tidak dikunci atau tidak berkunci.

Maka sudah pastilah si pencuri atau perompak mudah sahaja untuk masuk mencuri barangan di dalam rumah itu.

Begitu juga dengan download page, ia adalah tempat rahsia yang anda dan pembeli sah sahaja yang mengetahuinya. Sebaliknya tidak untuk mereka yang tidak membayar. NAMUN, mereka yang tidak berhak itu tetap mendownload produk digital anda kerana…Anda TIDAK berusaha untuk melindungi walaupun sekadar 1%!

Read the rest of this entry »

Selamat Datang ke Dunia Maya!

Assalaamu’alaikum dan salam sejahtera kepada semua pelawat Dunia Maya.

Kini, banyak urusan yang dapat diselesaikan di internet. Bahkan, perniagaan juga dapat dijalankan di internet. Bukan sahaja sampingan tetapi juga sepenuh masa. Penulisan di internet juga semakin popular melalui blogging. Membina komuniti juga menjadi semakin mudah melalui friendster, facebook dan macam-macam lagi. Kemunculan sebegitu banyak perkara dalam alam siber ini membuatkan penulis terpanggil untuk mewujudkan satu laman khas untuk membincangkan tentang Dunia Maya.

Laman ini buat bloggers dan internet marketers. Laman ini buat usahawan dan perniagaan internet. Laman ini memberi tips dan panduan untuk mereka yang ingin mendalami selok belok dunia maya. Tips-tips blogging dan perniagaan internet. Semoga dengan perkongsian-perkongsian di Dunia Maya dapat memberikan input-input berguna kepada semua pembaca dan membantu semua menjelajahi alam cyber ini.

Segala yang dilontarkan dalam Dunia Maya ini bersifat perkongsian daripada pengetahuan dan pengalaman saya. Saya tidak bertanggungjawab atas segala kerugian yang anda tanggung dengan mencuba apa yang saya sarankan. Bahkan saya akan sentiasa cuba memberikan tips dan panduan berguna untuk semua dan segala komen dan cadangan juga amat dialu-alukan dengan hati yang terbuka.

Selamat berkongsi dan selamat membaca!