Archive for the ‘Renungan’ Category

Ada Apa Dengan Bisnes?

Dalam bisnes kita akan berkenalan dengan pelbagai jenis orang. Kematangan kita dalam perniagaan sekaligus akan menambah kematangan kita dalam kehidupan. Tidak ada perniagaan jika tidak ada orang. Dengan adanya manusia lah wujudnya perniagaan. Dalam ertikata lain, perniagaan melibatkan hubungan sesama manusia.

Apabila kita bertungkus lumus dalam perniagaan, kita akan menemui jalan-jalan yang pelbagai dalam kehidupan. Ada orang yang memudahkan kita untuk berjaya dan ada orang yang lantas menyulitkan kita dalam mengejar impian. Apabila kita berjumpa dengan orang yang tidak sehaluan, kita akan rasa tak bersemangat dan putus asa, namun kita menjadi bertenaga kembali apabila bertemu dengan orang yang sekepala dengan kita.

Itulah perniagaan, penuh dengan liku dan onak duri yang harus dilalui. Tidak mungkin kita dapat berjaya kalau hakikat ini tidak kita fahami dan terima. Namun, jika kita sedar perkara ini, kita akan sentiasa berusaha meneruskan perniagaan walaupun pelbagai rintangan dan onak duri yang dihadapi. Bahkan kita akan keluar menjadi insan yang berguna kepada masyarakat dan tidak membawa bencana kepada Umat.

Melalui perniagaanlah kita dapat menguasai dunia. Walaupun ia bukan satu-satunya aspek yang perlu ada, namun ia antara elemen terpenting dalam pembangunan sesebuah masyarakat dan negara.

Semoga kita menjadi usahawan yang berjaya!

Don’t Expect Too Much

“Don’t expect too much when you give too little”

Apabila kita tidak memberikan apa-apa kepada seseorang, bagaimana kita boleh merasa marah apabila dia tidak mahu memberi apa-apa kepada kita? Begitu juga apabila kita tidak pernah mahu menolong seseorang ketika dia dalam kesusahan, layakkah kita untuk merasa marah apabila dia tidak mahu menolong kita tatkala kita memerlukan?

Begitu juga dalam perniagaan. Kita semua dalam proses pembelajaran ke arah yang lebih baik. Kita selalu expext terlalu tinggi sedangkan kita tidak mahu mengorbankan usaha dan tenaga yang banyak. Apabila kita tidak mendapat pulangan seperti yang dijangkakan, kita merasa marah dan tertipu sedangkan sememangnya itulah yang selayaknya bagi orang yang malas dan tidak mahu berfikir untuk terus maju, serta memberikan komitmen yang tinggi terhadap apa yang ia harapkan.

Apabila kita bersikap demikian, kita akan cepat melatah dan marah apabila kita gagal, bahkan sentiasa menyalahkan orang lain atas kegagalan kita. Masalah utama bukanlah masalah persekitaran sebaliknya masalah diri sendiri. Inilah yang disebut dalam sebuah pepatah arab yang bermaksud ” permasalahan utama dalam kehidupan ialah diri sebelum persekitaran”. Ertinya kita harus membuat analisis kepada diri sendiri dari segi perancangan kita, usaha kita, kesungguhan dan komitmen kita. Akhirnya, kita takan cepat berputus asa dan mampu mengawal diri untuk melangkah lebih jauh ke hadapan.

Antara masalah utama kita ialah nak duit tu sentiasa masuk tapi tak nak keluar sedikitpun. Itu terlalu ideal dan tidak sentiasa tepat. Mungkin ada yang boleh kita capai dengan cara begitu, tapi jangan kita harapkan sesuatu yang besar dengan nilaian kecil yang kita berikan. Hmmm…berceramah pulak saya kali ni. hehe

Tapi ada betulnya, jangan sampai kita menjadi orang malas yang ingin cepat kaya tanpa usaha. Islam juga mengajar kita untuk terus berusaha sehabis baik, hasilnya itu semua anugerah Allah.