Dalam perniagaan ada risiko. Begitu juga dengan perniagaan internet. Untuk mengurangkan risiko kegagalan, kita memerlukan strategi dan tindakan yang bijak. Pada peringkat awal, mungkin kita perlu banyak trial-and-error, cuba-cuba macam-macam teknik dan gaya. Namun, jangan selamanya trial-and-error tanpa belajar daripada kesalahan dan merancang strategi yang lebih berkesan. Sebab tulah dalam post kali ini, saya nak fokuskan perbincangan tentang tabi’at trial-and-error abadi. Ini adalah berdasarkan kepada pengalaman, pengamatan dan pembacaan saya sendiri. (more…)
Archive for the ‘Untukmu Newbie’ Category
Tabi’at Trial-And-Error Abadi
Friday, February 19th, 2010Salah Faham Terhadap Formula Luar Biasa
Tuesday, February 16th, 2010Salam sejahtera semua pengunjung Dunia Maya. Post kali ini saya ingin berkongsi tentang sebuah produk yang dihasilkan oleh Mohd Nizam, yang sudah agak lama berada di pasaran tempatan iaitu Formula Luar Biasa – FLB Pro.
Kalau saudara belum pernah mendengar tentang produk ini, eloklah dibaca sehingga habis post kali ini. Jika pernah mendengar, mungkin sudah tahu atau mempunyai tanggapan tertentu terhadap produk ini. Apa pun, saya cuba memberikan pandangan peribadi saya secara adil berkenaan produk ini.
Produk ini pada hemat saya tidak mengamalkan skim cepat kaya atau terlibat dengan mana-mana sistem penipuan. Apa yang saya dapati daripada pemerhatian dan penelitian, ia adalah sebuah program affiliate yang menjanjikan pulangan yang lumayan, dan memang lumayan kerana sudah terbukti oleh beberapa orang. (more…)
Learn Photoshop Elements
Wednesday, February 10th, 2010|
Learn elements has been made easier for you with a lot of video tutorials to be watched right away. Click Here Don’t forget – with these video tutorials, all you have to do is watch the mouse pointer on the video, DO THE SAME THING and you will master all the important basics of Photoshop Elements. (more…) |
Kuasa Getresponse
Wednesday, June 3rd, 2009Salam sejahtera. Dah lama saya tak menulis di sini. Kesibukan sehari-hari tak memungkinkan saya untuk update blog sebelum ini. Alhamdulillah kali ini berkesempatan berkongsi dengan para pembaca tentang Getresponse, Autoresponder yang saya gunakan selama ini.
Dalam perbincangan kali ini, saya akan fokuskan kepada beberapa tajuk penting berikut:
1. Kuasa Email Marketing
2. Program Affiliate GetResponse.
Kuasa Email Marketing
Tahukah anda email marketing atau pemasaran email merupakan satu senjata yang boleh dikatakan sangat powerful dalam perniagaan internet? Jika anda sedar, hampir semua usahawan internet yang berjaya pasti menggunakan sarana ini dalam perniagaan mereka: Irfan Khairi, Gobala Krishnan, Zamri Nanyan, Zulfadli Sudin, Labanon, Luvlee, Shuk dan lain-lain lagi nama yang anda sendiri kenali. Bagi menggunakan teknik ini, mereka menggunakan autoresponder seperti Aweber atau GetResponse dan lain-lain lagi. (more…)
Bina Kredibiliti Anda
Monday, May 4th, 2009Sebagai seorang usahawan internet, kita perlu membina kredibiliti. Dalam ertikata lain, kita harus mendapatkan kepercayaan orang lain akan kemampuan kita untuk memenuhi keperluan mereka. Dalam membina kredibiliti, antara modal yang diperlukan ialah ‘MASA’ dan ‘BUAH FIKIRAN’. Daripada sinilah prospek kita akan perlahan-lahan bertukar menjadi pelanggan kita yang setia.
Antara jalan terbaik untuk memperkenalkan diri kita ialah melalui forum-forum yang khusus dengan niche kita. Contohnya Forum Dunia Maya sendiri, forum wangcyber, forum jombincang dan lain-lain. Kita bukan terus menjadi ahli untuk mempromosi produk, tetapi kita lebihkan usaha membantu kesulitan yang dialami oleh ahli forum lain.
Bagaimana cara terbaik untuk menjadi seorang forumer yang berjaya? Nah, rahsia inilah yang akan dibongkarkan oleh SmartZul dalam produk terbarunya: KUASA FORUM.
Dapatkan sekarang di sini.
Review Panduan Beli Ebook
Thursday, April 9th, 2009Antara petikan daripada review 21 mukasurat Panduan Beli Ebook oleh Rizal:
Sepanjang pengalaman saya sebagai pembeli dan pengguna, ada produk ebook yang betul-betul memberikan saya:
• manfaat untuk kegunaan harian.
• manfaat untuk memahami konsep asas jualan dan pemasaran produk.
• manfaat untuk teknikal dan support (sokongan sistem).
• manfaat untuk asas-asas dalam penggunaan teknologi maklumat.
• manfaat untuk menjana pendapatan dengan cara yang betul dan sah.
• manfaat untuk memotivasikan diri.
• manfaat untuk dikongsikan demi faedah sesama manusia.
namun, tidak juga kurangnya, ada:
• produk yang hanya menghabiskan duit, malah membazirkan masa.
• produk yang hanya memberikan link-link (pautan) yang boleh menjerat. (lagi banyak duit + duit + duit yang perlu dibayar).
• produk jenis perisian yang bernilai ribuan ringgit – dikatakan mampu memudahkan urusan, tetapi bila laman web itu dilayari, ianya indah khabar dari rupa. (saya sendiri pernah terkena, orang Melayu kita juga..dah serik!).
• produk berbentuk email dan scam email.
• produk berbentuk skim piramid; dan scam laman web (website).
• produk yang boleh merosakkan sistem komputer dan email.
• feedback (negatif) produk yang dibeli oleh kenalan saya.
Download Review percuma ini sekarang. Right Klik Sini dan >>Save As ke komputer anda.
Obsesi dan Realiti: Dilema Newbie
Wednesday, February 11th, 2009Salam sejahtera kepada semua pengunjung Dunia Maya. Hari ini saya ingin berkongsi apa yang datang daripada hati saya sendiri, berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saya sendiri. Mungkin sedikit pedas buat orang-orang tertentu dan mungkin sukar difahami buat orang-orang yang baru. Namun, tujuan saya menulis kali ini ialah untuk berkongsi dan berusaha meningkatkan kualiti perniagaan internet tempatan ke arah yang lebih baik, untuk diri sendiri dan untuk semua pembaca.

