Hasilkan Ebook Cara Mudah
Salam sejahtera semua pengunjung Dunia Maya. Apa khabar? Sebelum saya mula bercerita tentang perisian menghasilkan ebook .pdf ini, saya ingin bertanya adakah anda sudah mempunyai ebook sendiri? Bukan hanya tertakluk kepada ebook cara buat duit sahaja, tetapi juga dalam niche yang lain? Jika belum, apa kata anda mula menulis dan hasilkan ebook anda sendiri kerana pasti ada manfaatnya. Bab nak beri percuma atau berbayar itu terpulang kepada anda, yang penting informasinya berguna dan bermanfaat kepada orang lain.
Dalam menghasilkan ebook ini, anda memerlukan perisian untuk convert file word (.doc) ke format .pdf. Bagaimana pula jika anda hanya terus menulis seperti di dalam word dan terus publish as .pdf? Tentu lebih mudah bukan? Itulah yang dapat anda lakukan dengan menggunakan software “eWriterPro” ini. Read the rest of this entry »
Siapakah Pekerja?
Hari ini 1 Mei 2009, Hari Pekerja. Ya! Hari Pekerja.
Dunia Maya terpanggil untuk menulis sesuatu. Adakah Hari Pekerja bererti hari untuk bekerja atau hari bercuti? Confused…Bukankah Hari Pekerja bererti hari untuk pekerja melakukan aktiviti mereka iaitu bekerja? Mengapa Hari Pekerja cuti pula? hehe. Menarik persoalan ni. Ada lagi persoalan ni. Siapakah pekerja?
Pekerja ialah mereka yang membuat kerja. Ada kerja bergaji dan ada kerja tak bergaji. Ada kerja di pejabat dan ada kerja di tengah padang. Ada pula kerja di tengah laut. Bahkan ada juga kerja di hadapan komputer dan laptop. Ada orang yang dianggap tidak bekerja tetapi sebenarnya bekerja. Orang yang menganggur ialah orang yang tidak punya pekerjaan. Adakah orang yang tidak melakukan apa-apa kerja? Makan juga kerja, tidur juga kerja. Hehe. Berkebun juga kerja, bercucuk tanam juga kerja, blogging pun kerja.
Bila kita sempitkan skop, kita selalu ingin menilai penganggur sebagai orang yang tidak punya pekerjaan. Mereka juga punya pekerjaan cuma mungkin bukan pekerjaan tetap. Adakah makan gaji semata-mata pekerjaan yang wujud di atas muka bumi ini? Tidak, Bahkan perniagaan kecil-kecilan juga mungkin dapat mengaut untung lebih daripada orang makan gaji. Pokoknya ya pak (Indonesia pulak), jangan menyempitkan skop kerja.
Kepada sesiapa yang merasakan dirinya penganggur, ingatlah bahawa ada seribu satu pekerjaan yang boleh dilakukan di atas muka bumi ini. Jangan terpengaruh dengan pandangan hina orang lain kerana kita tak punya pekerjaan sepertimana yang mereka fahami, namun percayalah bahawa pekerjaan itu pasti ada dan tidak pernah habis. Jadilah pekerja! Jadilah pekerja! Tak kira apa juga pekerjaan selagi ia baik dan bermanfaat.
Bila ditanya siapakah pekerja dan siapakah penganggur, apakah jawapan anda selepas ini? Tepuk dada tanya akal
Ada Apa Dengan Bisnes?
Dalam bisnes kita akan berkenalan dengan pelbagai jenis orang. Kematangan kita dalam perniagaan sekaligus akan menambah kematangan kita dalam kehidupan. Tidak ada perniagaan jika tidak ada orang. Dengan adanya manusia lah wujudnya perniagaan. Dalam ertikata lain, perniagaan melibatkan hubungan sesama manusia.
Apabila kita bertungkus lumus dalam perniagaan, kita akan menemui jalan-jalan yang pelbagai dalam kehidupan. Ada orang yang memudahkan kita untuk berjaya dan ada orang yang lantas menyulitkan kita dalam mengejar impian. Apabila kita berjumpa dengan orang yang tidak sehaluan, kita akan rasa tak bersemangat dan putus asa, namun kita menjadi bertenaga kembali apabila bertemu dengan orang yang sekepala dengan kita.
Itulah perniagaan, penuh dengan liku dan onak duri yang harus dilalui. Tidak mungkin kita dapat berjaya kalau hakikat ini tidak kita fahami dan terima. Namun, jika kita sedar perkara ini, kita akan sentiasa berusaha meneruskan perniagaan walaupun pelbagai rintangan dan onak duri yang dihadapi. Bahkan kita akan keluar menjadi insan yang berguna kepada masyarakat dan tidak membawa bencana kepada Umat.
Melalui perniagaanlah kita dapat menguasai dunia. Walaupun ia bukan satu-satunya aspek yang perlu ada, namun ia antara elemen terpenting dalam pembangunan sesebuah masyarakat dan negara.
Semoga kita menjadi usahawan yang berjaya!
Anda dalam kategori mana?
Review Panduan Beli Ebook
Antara petikan daripada review 21 mukasurat Panduan Beli Ebook oleh Rizal:
Sepanjang pengalaman saya sebagai pembeli dan pengguna, ada produk ebook yang betul-betul memberikan saya:
• manfaat untuk kegunaan harian.
• manfaat untuk memahami konsep asas jualan dan pemasaran produk.
• manfaat untuk teknikal dan support (sokongan sistem).
• manfaat untuk asas-asas dalam penggunaan teknologi maklumat.
• manfaat untuk menjana pendapatan dengan cara yang betul dan sah.
• manfaat untuk memotivasikan diri.
• manfaat untuk dikongsikan demi faedah sesama manusia.
namun, tidak juga kurangnya, ada:
• produk yang hanya menghabiskan duit, malah membazirkan masa.
• produk yang hanya memberikan link-link (pautan) yang boleh menjerat. (lagi banyak duit + duit + duit yang perlu dibayar).
• produk jenis perisian yang bernilai ribuan ringgit – dikatakan mampu memudahkan urusan, tetapi bila laman web itu dilayari, ianya indah khabar dari rupa. (saya sendiri pernah terkena, orang Melayu kita juga..dah serik!).
• produk berbentuk email dan scam email.
• produk berbentuk skim piramid; dan scam laman web (website).
• produk yang boleh merosakkan sistem komputer dan email.
• feedback (negatif) produk yang dibeli oleh kenalan saya.
Download Review percuma ini sekarang. Right Klik Sini dan >>Save As ke komputer anda.
Don’t Expect Too Much
“Don’t expect too much when you give too little”
Apabila kita tidak memberikan apa-apa kepada seseorang, bagaimana kita boleh merasa marah apabila dia tidak mahu memberi apa-apa kepada kita? Begitu juga apabila kita tidak pernah mahu menolong seseorang ketika dia dalam kesusahan, layakkah kita untuk merasa marah apabila dia tidak mahu menolong kita tatkala kita memerlukan?
Begitu juga dalam perniagaan. Kita semua dalam proses pembelajaran ke arah yang lebih baik. Kita selalu expext terlalu tinggi sedangkan kita tidak mahu mengorbankan usaha dan tenaga yang banyak. Apabila kita tidak mendapat pulangan seperti yang dijangkakan, kita merasa marah dan tertipu sedangkan sememangnya itulah yang selayaknya bagi orang yang malas dan tidak mahu berfikir untuk terus maju, serta memberikan komitmen yang tinggi terhadap apa yang ia harapkan.
Apabila kita bersikap demikian, kita akan cepat melatah dan marah apabila kita gagal, bahkan sentiasa menyalahkan orang lain atas kegagalan kita. Masalah utama bukanlah masalah persekitaran sebaliknya masalah diri sendiri. Inilah yang disebut dalam sebuah pepatah arab yang bermaksud ” permasalahan utama dalam kehidupan ialah diri sebelum persekitaran”. Ertinya kita harus membuat analisis kepada diri sendiri dari segi perancangan kita, usaha kita, kesungguhan dan komitmen kita. Akhirnya, kita takan cepat berputus asa dan mampu mengawal diri untuk melangkah lebih jauh ke hadapan.
Antara masalah utama kita ialah nak duit tu sentiasa masuk tapi tak nak keluar sedikitpun. Itu terlalu ideal dan tidak sentiasa tepat. Mungkin ada yang boleh kita capai dengan cara begitu, tapi jangan kita harapkan sesuatu yang besar dengan nilaian kecil yang kita berikan. Hmmm…berceramah pulak saya kali ni. hehe
Tapi ada betulnya, jangan sampai kita menjadi orang malas yang ingin cepat kaya tanpa usaha. Islam juga mengajar kita untuk terus berusaha sehabis baik, hasilnya itu semua anugerah Allah.
Obsesi dan Realiti: Dilema Newbie
Salam sejahtera kepada semua pengunjung Dunia Maya. Hari ini saya ingin berkongsi apa yang datang daripada hati saya sendiri, berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saya sendiri. Mungkin sedikit pedas buat orang-orang tertentu dan mungkin sukar difahami buat orang-orang yang baru. Namun, tujuan saya menulis kali ini ialah untuk berkongsi dan berusaha meningkatkan kualiti perniagaan internet tempatan ke arah yang lebih baik, untuk diri sendiri dan untuk semua pembaca.

