Posts Tagged ‘Affiliate’

Obsesi dan Realiti: Dilema Newbie

Salam sejahtera kepada semua pengunjung Dunia Maya. Hari ini saya ingin berkongsi apa yang datang daripada hati saya sendiri, berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saya sendiri. Mungkin sedikit pedas buat orang-orang tertentu dan mungkin sukar difahami buat orang-orang yang baru. Namun, tujuan saya menulis kali ini ialah untuk berkongsi dan berusaha meningkatkan kualiti perniagaan internet tempatan ke arah yang lebih baik, untuk diri sendiri dan untuk semua pembaca.

Read the rest of this entry »

Affiliate A Plus Ammar Zahar

Salam sejahtera semua. Hari ini saya ingin bercerita sedikit tentang produk baru yang dilancarkan oleh Ammar Zahar iaitu Affiliate A Plus. Saya bukan ingin bercerita daripada apa yang saya tahu namun daripada apa kata mereka tentang produk ini. Apa kata mereka yang serba tahu dan juga mereka yang telah berjaya hasil daripada mengaplikasikan ilmu yang diperolehi daripada ebook kali ini.

Sebagaimana sedia maklum bahawa program affiliate antara program yang banyak melahirkan usahawan baru dan orang kaya baru baik tempatan mahupun antarabangsa. Apa yang menarik mengenai ebook Affiliate A Plus Ammar Zahar ini ialah beliau menceritakan bagaimana beliau sendiri sebagai seorang newbie berjaya menghasilkan pulangan melalui program affiliate. Apa yang dibongkarkan oleh beliau ialah teknik-teknik yang terbukti berkesan. Jika anda serius, ebook ini memang untuk anda!

Read the rest of this entry »

Publisher dan Affiliate Clickbank

 

Alhamdulillah, setelah mendapatkan “Panduan Clickbank Mawardee“, saya melangkah menerokai clickbank. Walaupun sebelum itu saya sememangnya sudah berada di clickbank :-) Namun panduan yang dihasilkan Mawardee membuatkan saya rasa lebih yakin. Dan personally bagi saya panduan tersebut sangat membantu. Terima kasih Mawardee!

Sekarang saya merupakan agen affiliate sekaligus publisher di clickbank. Ini produk yang saya cuba jual, “Impact Popup“. Walaupun belum berjaya menghasilkan sebarang pulangan bahkan dikeluarkan daripada marketplace clickbank kerana gagal menghasilkan pulangan dalam masa sebulan, namun bagi saya, saya telah berjaya. Ya! Saya berjaya melangkah dan menimba pengalaman. Jadi selepas ini saya akan lebih tahu bagaimana untuk berurusan dengan clickbank. Dan setiap soalan yang saya tanya di customer servis pasti ada jawapan daripada mereka. Memang tip top lah daripada segi servisnya.
Read the rest of this entry »

Apakah sebenarnya Pay-Per-Lead?

Apa itu pay-per-lead? Pay-per-lead ialah program mengumpul mailing list. Apa pula mailing list? Mailing list ialah senarai email. Ya, senarai email yang digunakan oleh usahawan internet untuk membuat promosi atau memberikan tips-tips berguna kepada setiap email yang mendaftar ke dalam mailing list mereka. Antara cara mereka mengumpul mailing list yang paling berkesan ialah dengan menganjurkan program pay-per-lead. Dalam ertikata lain, program pay-per-lead ialah program mengumpul mailing list. Setiap orang yang ingin mendapatkan ebook percuma yang ditawarkan akan mengisi email dan nama mereka ke dalam borang yang disediakan dan secara automatik email mereka masuk ke dalam mailing list penganjur program.
Read the rest of this entry »