Posts Tagged ‘ebook’

Hasilkan Ebook Cara Mudah

Salam sejahtera semua pengunjung Dunia Maya. Apa khabar? Sebelum saya mula bercerita tentang perisian menghasilkan ebook .pdf ini, saya ingin bertanya adakah anda sudah mempunyai ebook sendiri? Bukan hanya tertakluk kepada ebook cara buat duit sahaja, tetapi juga dalam niche yang lain? Jika belum, apa kata anda mula menulis dan hasilkan ebook anda sendiri kerana pasti ada manfaatnya. Bab nak beri percuma atau berbayar itu terpulang kepada anda, yang penting informasinya berguna dan bermanfaat kepada orang lain.

Dalam menghasilkan ebook ini, anda memerlukan perisian untuk convert file word (.doc) ke format .pdf. Bagaimana pula jika anda hanya terus menulis seperti di dalam word dan terus publish as .pdf? Tentu lebih mudah bukan? Itulah yang dapat anda lakukan dengan menggunakan software “eWriterPro” ini. Read the rest of this entry »

Review Panduan Beli Ebook

Antara petikan daripada review 21 mukasurat Panduan Beli Ebook oleh Rizal:

Sepanjang pengalaman saya sebagai pembeli dan pengguna, ada produk ebook yang betul-betul memberikan saya:


• manfaat untuk kegunaan harian.
• manfaat untuk memahami konsep asas jualan dan pemasaran produk.
• manfaat untuk teknikal dan support (sokongan sistem).
• manfaat untuk asas-asas dalam penggunaan teknologi maklumat.
• manfaat untuk menjana pendapatan dengan cara yang betul dan sah.
• manfaat untuk memotivasikan diri.
• manfaat untuk dikongsikan demi faedah sesama manusia.


namun, tidak juga kurangnya, ada:


• produk yang hanya menghabiskan duit, malah membazirkan masa.
• produk yang hanya memberikan link-link (pautan) yang boleh menjerat. (lagi banyak duit + duit + duit yang perlu dibayar).
• produk jenis perisian yang bernilai ribuan ringgit – dikatakan mampu memudahkan urusan, tetapi bila laman web itu dilayari, ianya indah khabar dari rupa. (saya sendiri pernah terkena, orang Melayu kita juga..dah serik!).
• produk berbentuk email dan scam email.
• produk berbentuk skim piramid; dan scam laman web (website).
• produk yang boleh merosakkan sistem komputer dan email.
• feedback (negatif) produk yang dibeli oleh kenalan saya.

Download Review percuma ini sekarang. Right Klik Sini dan >>Save As ke komputer anda.

Obsesi dan Realiti: Dilema Newbie

Salam sejahtera kepada semua pengunjung Dunia Maya. Hari ini saya ingin berkongsi apa yang datang daripada hati saya sendiri, berdasarkan pemerhatian dan pengalaman saya sendiri. Mungkin sedikit pedas buat orang-orang tertentu dan mungkin sukar difahami buat orang-orang yang baru. Namun, tujuan saya menulis kali ini ialah untuk berkongsi dan berusaha meningkatkan kualiti perniagaan internet tempatan ke arah yang lebih baik, untuk diri sendiri dan untuk semua pembaca.

Read the rest of this entry »

Dengarkan Komen Mereka: Bahagian 2

Assalammualaikum Saudara Zul, Terima Kasih kerana ingatkan saya. Hampir setiap hari saya ke CC untuk mencari sesuatu maklumlah Newbie lah katakan. Saya tak pernah impikan untuk menjadi kaya sekelip mata dalam bidang ini walaupun hakikatnya saya amat yakin jika kena caranya kita mampu menggapai sesuatu. Bagi saya cukuplah sekiranya pendapatan sebulan melalui bidang ini mencecah RM2k walaupun amat sukar sebenarnya. Saya perlukan tunjuk ajar seseorang yang lebih berpengalaman agar tak tertipu, terpesong dan terkena seperti saudara itu pun jika saudara sudi menunjukkan jalannya. Sehingga berjumpa lagi, Wassalam.

-Zack-


Salam..En zul….Thanks…Memang sekarang ni banyak penipuan moden , tanpa sempadan, dalam IT, orang mudah terpedaya, bagi orang yang sedang mencari peluang menjana pendapatan, lebih terdedah kapada penipuan ini…yang terbaru robot forex, dan lain2 tapi kalau mudah dapat duit mengapa mereka2 yang buat benda ni tak jadi jutawan? Saudara mara tak pun kaya raya. Kalau saya boleh cipta program cari duit ni, saya mesti kaut banyat2 duit, berjutawan adik-beradik, anak pinak, semua jutawan, baru ofer pada kawan2.

Ni cipta laman web macam2 cara untuk menipu. Betul kot En. Zul…saya tahu kat kulim tu besepah kaki main saham IT ni, termasuk saya…untung takdak rugi banyak ada laa…

-Ellias-


Dunia perniagaan internet banyak menjanjikan beribu impian untuk dicapai. Teknologi tanpa sentuhan peribadi (high tech plus high touch), agak sukar diikuti. Hubungan “in person” amat perlu untuk menghuraikan sebarang kemusykilan.

-Jaim-


Hi…setau saya dah banyak email and bahan ebook saya dah downlaod but semuanya cuma basic je. Kalau kita nak lebih jelas seperti dlm CD kita kena pulak bayar. Tau-tau je la sebab saya ni baru and tak tau apa2 pasal internet ni

-Rebecca-


Assalamu’alaikum…Terus terang saya bukanlah usahawan internet, tapi saya selalu ikuti perkembangan kat internet. Ape yg saya rasa perlu ada dlm internet markerting ialah kejujuran dan tidak tamak. Kalau ikut syarak tidak ada perniagaan tanpa barangan yg halal. Maksudnya setiap jualbeli kena ada akad dan hukum. Dalam hukum kena ada barangan, tu salah satu syarat….

tapi kat internet, U boleh tengok sendirikan. Itulah cabaran yg terbesar utk membezakan antara yang halal dan haram dlm urus niaga. Jangan ikutkan logik akal sangat tp eloklah kalau ikutkan hukum agama. Hakikatnya masyarakat kita dh terikut2 budaya org barat yang bertujuan menipu. Seboleh-bolehnya wujudkan satu budaya internet kita sendiri, gunakan idea kita sdri, keluarkan barangan dan pasarkan kat internet.

Setakat ebook, memanglah boleh jual.  Tapi kan ilmu, elok diajarkan sebab islam menyuruh kita mengajar walaupun hanya sedikit ilmu yg kita ada. Jadi bagi saya ebook tak payah la dijual mahal-mahal lagipun org Malaysia bukan suka membaca, org malaysia suka makan dan ubat kuat je…Lagi satu kebanyakan blog dan website barat asalnya scam bukan betul pun.

Semua website takde barangan, yg ade penipuan tapi dsebabkan ade sistem affiliate maka sistem tu berjalan elok,at last owner jd kaya dan scam. Jadi menghasilkan duit terus tak nampak scam lg…itulah yg dikatakan asal scam dan akhirnya jadi menjana duit…Itu yg banyak berlaku, tapi memang tk hairan benda tu sebab sistem affiliate mengharapkan org utk promote, tapi yg peliknya masih ada org yg berminat walaupun dbayar 0.0001sen…0.0001sen buka ada harga tu cuma setakat nilai je..

Mana ada duit 0.0001sen tp tu pun ramai yg tolong promote website macam tu..pelikkan….

Harap2 budaya internet malaysia tak macamtu, agak2lah utk menjana pendapatan. Jangan ada yg menipu dan ambil kesempatan.. pada yg takde barangan setakat kutip duit org utk bayar pd org ln tu, taubat2 lah…
Kalau ikut logik akal sendiri, memang akan halal ikut setiap kemahuan kita. Tapi ikutlah pd hukum untuk berniaga…Terima kasih…

-Rosnizar-