Posts Tagged ‘online business’
Don’t Expect Too Much
“Don’t expect too much when you give too little”
Apabila kita tidak memberikan apa-apa kepada seseorang, bagaimana kita boleh merasa marah apabila dia tidak mahu memberi apa-apa kepada kita? Begitu juga apabila kita tidak pernah mahu menolong seseorang ketika dia dalam kesusahan, layakkah kita untuk merasa marah apabila dia tidak mahu menolong kita tatkala kita memerlukan?
Begitu juga dalam perniagaan. Kita semua dalam proses pembelajaran ke arah yang lebih baik. Kita selalu expext terlalu tinggi sedangkan kita tidak mahu mengorbankan usaha dan tenaga yang banyak. Apabila kita tidak mendapat pulangan seperti yang dijangkakan, kita merasa marah dan tertipu sedangkan sememangnya itulah yang selayaknya bagi orang yang malas dan tidak mahu berfikir untuk terus maju, serta memberikan komitmen yang tinggi terhadap apa yang ia harapkan.
Apabila kita bersikap demikian, kita akan cepat melatah dan marah apabila kita gagal, bahkan sentiasa menyalahkan orang lain atas kegagalan kita. Masalah utama bukanlah masalah persekitaran sebaliknya masalah diri sendiri. Inilah yang disebut dalam sebuah pepatah arab yang bermaksud ” permasalahan utama dalam kehidupan ialah diri sebelum persekitaran”. Ertinya kita harus membuat analisis kepada diri sendiri dari segi perancangan kita, usaha kita, kesungguhan dan komitmen kita. Akhirnya, kita takan cepat berputus asa dan mampu mengawal diri untuk melangkah lebih jauh ke hadapan.
Antara masalah utama kita ialah nak duit tu sentiasa masuk tapi tak nak keluar sedikitpun. Itu terlalu ideal dan tidak sentiasa tepat. Mungkin ada yang boleh kita capai dengan cara begitu, tapi jangan kita harapkan sesuatu yang besar dengan nilaian kecil yang kita berikan. Hmmm…berceramah pulak saya kali ni. hehe
Tapi ada betulnya, jangan sampai kita menjadi orang malas yang ingin cepat kaya tanpa usaha. Islam juga mengajar kita untuk terus berusaha sehabis baik, hasilnya itu semua anugerah Allah.
